Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[Lembaga Pelabuhan Johor] - 3 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh tutup iklan 6 Jun 2012.

Lembaga Pelabuhan Johor adalah badan yang mengawalselia segala urusan berkaitan Pelabuhan Pasir Gudang. Kokasinya di Tanjung Pelepas di Gelang Patah. Mereka pada ketika ini mengeluarkan satu iklan kekosongan jawatan dan butiran lanjut adalah seperti berikut:

1. Pegawai Laut A41
- Ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Penolong Pegawai Tadbir N27
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Pembantu Tadbir N17
- Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Pelabuhan Johor atau mengemukakan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah lengkap dengan Salinan Ijazah/Diploma/Sijil, Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran yang disahkan. Permohonan dialamatkan kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
NO. 5A-8A, PUSAT PERDAGANGAN PASIR GUDANG
JALAN BANDAR, 81707 PASIR GUDANG

Maklumat lanjut iklan ini boleh didapati melalui pautan berikut:


Dapatkan borang permohonan melalui pautan ini:

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!