[Mei 2012] 4 Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[Mei 2012] 4 Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh


TARIKH TUTUP: 28 Mei 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Berikut adalah senarai jawatan kosong di Majlis Bandaraya Ipoh untuk bulan Mei 2012 dan perinciannya:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
2. ARKITEK LANDSKAP J41
3. PEGAWAI PERTANIAN G41
4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP J29

Maklumat lanjut, sila ikuti pautan di bawah:

---> Iklan Dan Borang Permohonan Jawatan Kosong Bulan Mei Di MBI

JAWATAN 1 - PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 2 – ARKITEK LANDSKAP GRED J41

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 3 – PEGAWAI PERTANIAN GRED G41

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian atau Sains Hortikultur yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: T4); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia atau biokimia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: T4); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: T5); dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 4 – PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED J29

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: T2); dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN:
Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenaraipendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga.

Untuk maklumat lanjut iklan, cara memohon dan mendapatkan borang permohonan, sila klik pautan di bawah:

---> Iklan Dan Borang Permohonan Jawatan Kosong Bulan Mei Di MBI

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!