[MPSJ] - 5 Jawatan Kosong Terkini - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[MPSJ] - 5 Jawatan Kosong Terkini

Tarikh tutup permohonan: 25 Mei 2012

MPSJ atau Majlis Perbandaran Subang Jaya mempelawa rakyat Malaysia yang layak dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
- Penolong Pegawai Pertanian G27
- Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C27
- Pembantu Pertanian G17
- Pengawal Keselamatan KP11

Cara Permohonan:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di Kaunter Informasi Aras 1 Majlis Perbandaran Subang Jaya atau boleh didapati melalui internet: www.mpsj.gov.my

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-
i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Iklan penuh jawatan kosong MPSJ dan borang permohonan boleh diperolehi melalui pautan berikut:

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!