Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Majikan Untuk Elak Pemberhentian Kerja

Pemberhentian pekerja bermaksud penamatan kontrak perkhidmatan akibat Keadaan berlebihan pekerja boleh timbul daripada beberapa sebab seperti penutupan syarikat, penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat, kegawatan ekonomi dan lain-lain.

Apabila timbul keadaan berlebihan pekerja, majikan hendaklah terlebih dahulu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian pekerja sebagaimana yang dicadangkan di dalam Tatacara Keharmonian Perusahaan iaitu:-

3.1. membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal;

3.2. menghadkan kerja lebih masa;

3.3. menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am;

3.4. mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran;

3.5. mengurangkan waktu kerja harian;

3.6. mengadakan program latihan semula kepada pekerja;

3.7. mengenalpasti kerja-kerja alternatif dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama;

3.8. melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula. Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat tempoh pemberhentian sementara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk tujuan pemantauan sama ada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (Voluntarily Separation Scheme - VSS) atau pemberhentian tetap pada masa-masa hadapan; dan

3.9. mengurangkan gaji pekerja (Pay-Cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat adalah langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan.

3.10. kenalpasti kekosongan jawatan di syarikat-syarikat lain untuk ditawarkan kepada pekerja yang akan diberhentikan. Langkah-langkah di butiran 3.7, 3.8 dan 3.9 hendaklah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

Langkah-langkah di butiran 3.7, 3.8 dan 3.9 hendaklah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!