Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Menjadi Jururawat Masyarakat U19

Panduan Jururawat Masyarakat U19
Anda menemui laman ini kerana anda berminat menjadi seorang Jururawat bukan? Kebetulan kali ini kami membincangkan topik Jururawat Masyarakat U19 atau lebih popular sebagai JM. Kerjaya ini khas untuk kaum perempuan sahaja.

Sebelum bergelar seorang JM, anda perlu melalui tempoh latihan selama 2 tahun 6 bulan di kolej-kolej kejururawatan di bawah:

Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah

Agaknya, apakah yang dipelajari semasa menjalani latihan Sijil Jururawat Masayarakat?

Ini adalah sukatan pelajaran yang anda akan ikuti selama tempoh latihan itu:

•Anatomi & Fisiologi
•Sains Kejururawatan
•Obstetrik dan Ginekologi
•Kesihatan Komuniti
•Sains Tingkah Laku
•Rawatan Kesihatan Komuniti

Jangan bimbang, kerana semasa di dalam latihan ini anda menerima biasiswa sebanyak RM517.15 sebulan.

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan diperlukan menjadi seorang Jururawat Masyarakat adalah Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tetapi anda mempunyai kelebihan sekiranya mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Bukan itu sahaja, anda juga harus memiliki kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19.

Sebagai seorang bakal JM, anda seharusnya tahu apakah bidang tugas seorang Jururawat Masyarakat. Kerjaya sebagai Jururawat Masyarakat (JM) bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan perbidanan, penjagaan kesihatan ibu dan anak, perawatan asas dan penjagaan pesakit.

Tugas utama JM tertumpu dalam bidang kebidanan dan kesihatan keluarga yang merangkumi aspek perawatan kejururawatan dari segi amalan kejururawatan, pengurusan kejururawatan, latihan kejururawatan, dokumentasi dan lain-lain tugas.

JM kebiasaannya ditempatkan di wad/klinik dan dipertanggungjawab menjaga khidmat rawatan seperti berikut:

- Tugasan di wad/wad pranatal/bilik bersalin/wad post natal/pediatrik
- Menjalankan sesi klinik ibu hamil/lawatan ke rumah/bertugas atas panggilan bagi kes kebidanan di klinik/mengendalikan kelahiran di rumah dan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) atau klinik dan menjalankan motivasi kepada ibu mengenai kaedah merancang keluarga.

Jika anda benar-benar mahu menjadi seorang Jururawat Masyarakat U19, dapatkanlah Panduan Kerjaya Sebagai Jururawat yang mengupas dengan lebih teliti kebanyakan aspek bidan gkerjaya ini. Daripada cara memohon sehingga soal-soal yang lain.

Kami doakan anda berjaya menjadi seorang Jururawat Masyarakat U19!

4 comments:

  1. bgaimna sya hndak mngisi borng permohonan trsbut

    ReplyDelete
  2. Salam , sy da buat pemohonan jm , tetapi msih blum ad respon... Sdgkn result spm sy memenuhi syarat2 yg dia nak ? adakah jm sudah tiada kekosongan ? Comfius sngat22

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...semoga cita2 ku menjadi jururawat termakbul..!
    ..

    ReplyDelete
  4. Assalam...saya ada soalan.
    Saya merupakan salah seorang bekas pelajar kejururawatan.
    Tapi,saya tidak dapat habiskan kursus tersebut yang hanya tinggal setahun lagi.Sekiranya,saya ingin memohon jm ini,adakah saya berkelayakan?Kerana sepanjang dua tahun sy belajar,saya pernah buat praktikal dalam bidang tersebut.Minta pengulasan terperinci bagi pihak puan agar saya dapat memahaminya.terima kasih

    ReplyDelete