Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Juruteknik (Awam) Gred J17

Panduan Temuduga Juruteknik J17
Untuk sepanjang bulan Mei dan Jun ini sahaja, pihak SPA menjalankan tiga sesi temuduga untuk jawatan Juruteknik Gred J17. Ini termasuklah Juruteknik (Mekanikal), Juruteknik (Ukur Bahan) dan yang paling popular adalah Juruteknik (Awam). Pada kali ini, kami kongsikan beberapa panduan temuduga untuk calon Juruteknik (Awam).

Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang menerbitkan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara. Di samping selalu berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini. Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di atas supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini yang dikongsikan.

Sebelum pergi lebih jauh, elok kiranya kita lihat sedikit angka-angka yang terlibat dalam pengambilan Juruteknik Gred J17 (Awam). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pihak SPA, bilangan permohonan yang diterima adalah seramai 8 644, manakala bilangan calon dipanggil temuduga adalah 797 orang. Khabar yang sedikit melegakan anda calon ialah kekosong untuk sesi temuduga kali ini adalah sebanyak 50 tempat kosong dan 5o tempat untuk calon simpanan.

Berikut merupakan lima tips panduan temuduga Juruteknik (Awam) Gred J17:

1. Anda harus sedar, jumlah calon temuduga seramai 797 orang itu bukan sedikit. Ia suatu angka yang cukup besar dan memang menyukarkan pihak SPA memilih calon mana yang paling sesuai mengisi jawatan yang diiklankan. Di sini, anda harus menunjukkan keunggulan yang tinggi dari segi personaliti, pengetahuan, komunikasi dan kemahiran. Penonjolan pada kualiti-kualiti yang disebutkan ini memang memainkan peranan penting dalam pemilihan anda nanti.

2. Biasanya, Juruteknik Gred J17 (Awam) akan ditempatkan di pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, Negeri Melaka dan Negeri Pulau Pinang. Namun, ini bergantung kepada keperluan semasa dan pihak SPA berhak meletakkan anda di bawah pentadbiran mana yang mempunyai keperluan.

3. Antara bidang tugas seorang Juruteknik Gred J17 (Awam) adalah mengawasi dan menyediakan kerja-kerja pembinaan di tapak bina, memberi anggaran perbelanjaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan jalan termasuk menyelia kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan.

4. Jadi anda mesti mengulangkaji pada kemahiran menganggar perbelanjaan projek, tahu apa yang perlu dilakukan apabila pojek penyelenggaraan dibuat dan seperti itu. Pendek kata, hal-hal teknikal seperti ini memang sudah sepatutnya ada di dalam pemikiran anda.

5. Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda:


Panduan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Juruteknik Gred J17) dan boleh digunakanpakai semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon. Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga seperti apakah soalan lazim yang ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Selamat menduduki temuduga daripada kami dan semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!