Panduan Temuduga Juruteknik J17 (Senibina) - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Panduan Temuduga Juruteknik J17 (Senibina)

Calon-calon temuduga Juruteknik J17 (Senibina) sudah mulai ke sana-sini mencari rujukan yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan menghadapi sesi temuduga yang akan diadakan oleh pihak SPA tidak lama lagi. Itu perkara biasa, sesiapa jua akan melakukan sedemikian kecuali mereka yang tidak menyimpan harapan besar untuk lulus temuduga ini (maka mereka itu bolehlah sambil lewa saja).

Dikhabarkan kekosongan jawatan Juruteknik J17 (Senibina) pada pengambilan kali ini adalah sebanyak tiga tempat sahaja dengan 25 tempat lagi untuk calon-calon simpanan. Ini memang standard la kalau temuduga SPA.

Sekali lagi, kami kongsikan tips panduan menghadapi temuduga seperti biasa dan kali ini tibalah giliran untuk jawatan Juruteknik J17 (Senibina) pula. Ada 6 tips semuanya. Mudah-mudahan bermanfaat untuk kegunaan anda semasa interview itu nanti.

6 tips dan panduan temuduga Juruteknik J17 (Senibina):

#1. Anda harus maklum maklumat asas perjawatan sebagai Juruteknik J17 (Senibina) yakni tergolong dalam kummpulan perkhidmatan sokongan dan ditempatkan di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan yang memerlukan.

#2. Anda juga sepatutnya maklum bidang tugas asas Juruteknik J17 (Senibina). Ini termasuklah bertanggungjawab untuk membantu kerja-kerja penyelenggaraan ke atas alatan pameran, membaiki alatan pameran dan membantu menyelenggarakan bengkel supaya ianya baik, selamat digunakan, bersih dan tersusun rapi.

#3. Sebagai seorang Juruteknik J17 (Senibina), anda mestilah faham serba sedikit berkenaan dengan pengurusan pejabat; pengurusan fail; inventori dan bekalan pejabat; penyelenggaraan, pemeliharaan dan pelupusan rekod awam.

#4. Mengetahui apa itu 'Arahan Keselamatan' termasuklah keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi.

#5. Paling mustahak, anda sepatutnya mahir dalam hal-hal teknikal sebagai seorang Juruteknik (Senibina) dan masih ingat lagi sedikit sebanyak berkenaan teori senibina dan reka bentuk. Termasuklah;-

a) Asas Rekabentuk
- Pengetahuan asas bahan binaan batu-bata, kayu dan logam;
- Pengetahuan berkaitan jenis rekabentuk (form) asas bagi pintu, tingkap, tangga, dan bumbung;
- Pengetahuan asas teori rekabentuk secara amnya bagi membolehkan Juruteknik menghasilkan suatu lakaran atau lukisan persembahan yang dapat berkomunikasi di antara pereka dan pengguna;

b) Asas Teknologi Binaan
- Pengetahuan teknologi pembinaan yang digunakan dalam rekabentuk;
- Pengetahuan teknologi bahan dalam membangunkan rekabentuk;
- Pengetahuan komponen-komponen terperinci yang berkaitan dengan pepasangan tingkap, pintu, perpaipan, awam, struktur, mekanikal dan elektrikal;

c) Berpengetahuan dalam kerja pengawasan di tapak
- Berpengetahuan dalam kaedah kerja bagi memastikan rekabentuk dibina dengan cara yang betul;
- Berpengetahuan untuk membaca lukisan dan spesifikasi untuk dikaitkan kerja yang dilaksanakan di tapak.
- Berpengetahuan dalam menentukan bahan binaan yang sesuai digunakan dalam rekabentuk dengan mengambil kira keadaan tapak;

d) Analisa Tapak Untuk Kerja Naiktaraf dan Ubahsuai
- Berkebolehan mengambil data-data di tapak untuk digunakan dalam membangunkan konsep dan rekabentuk;
- Mempunyai kefahaman berkaitan kemudahan bangunan;
- Mempunyai kefahaman berkaitan bahan binaan dan kemasan;

e) Penyediaan Lakaran dan Persembahan
- Berkebolehan menyediakan lakaran berdasarkan kepada rajah atau skimatik yang kasar untuk membangunkan konsep dan susunatur rekabentuk;
- Berkebolehan untuk berkomunikasi secara grafik;
- Mempunyai kefahaman asas berkaitan skala dan perkadaran (proportion);
- Mempunyai pengetahuan berkaitan pepasangan (fittings) kemudahan bangunan;

f) Penyeliaan Tapak Bina
- Mempunyai kefahaman berkaitan kaedah pembinaan dan sambungan;
- Mempunyai pengetahuan berkaitan spesifikasi bahan dan kaedah kerja untuk tujuan mengesahkan kerja di tapak;
- Mempunyai kemahiran untuk menyelia tapak;
- Memahami keperluan dalam pelaksanaan kerja menyelia tapak seperti diari tapak, buku log, laporan kemajuan;
- Memahami kaedah membuat penilaian tapak bagi tujuan pengesahan kerja dan pengesyoran bayaran;

g) Garis Panduan Penyediaan Rekabentuk
- Mengetahui rujukan yang terkandung di dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Uniform Building By Law)
- Mengetahui rujukan yang terkandung di dalam Garispanduan Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

#6. Anda wajar tahu bagaimana etika menduduki temuduga yang betul. Mahir hal-hal teknikal sahaja tidak memadai kerana penemuduga juga akan bertanya soalan lazim yang biasanya tidak ada kena-mengena dengan hal-hal teknikal seperti di atas. Jadi adakah anda tahu apa soalan lazim yang biasa dikemukakan? Apa pula jawapan-jawapan yang sesuai untuk soalan lazim itu? Bagaimana pakaian yang sesuai sebagai seorang kakitangan kerajaan? Apa pula yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas sesei temuduga berlangsung? Ini semua anda boleh perolehi daripada Panduan Lengkap Menduduki Temuduga Kerja Kerajaan ini. Ianya pasti banyak membantu dan melengkapkan lagi persediaan anda.

Semoga berjaya daripada kami!

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!