Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Juruteknik J17 (Elektrik)

Panduan Temuduga Juruteknik J17 (Elektrik)
Anda dipanggil ke temuduga Jururteknik J17 (Elektrik)? Sudahkah anda bersedia? Adakah persiapan-persiapan anda sudah lengkap dan hanya menunggu tarikh temuduga Jururteknik J17 (Elektrik) sahaja? Bagus kalau begitu. Dan bagi yang belum, kali ini kami kongsikan sedikit petua buat anda. Mudah-mudahan panduan temuduga Jururteknik J17 (Elektrik) yang dipaparkan ini memberikan sedikit manfaat buat anda.

Kami percaya anda sudah tahu bahawa temuduga Jururteknik J17 (Elektrik) yang diadakan oleh SPA pada tarikh 4 hingga 6 Jun 2012 ini adalah untuk calon yang akan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya (JKR). Ini bermakna selain daripada tahu hal-hal teknikal sebagai seorang Jururteknik J17 (Elektrik), anda juga mesti faham serba sedikit struktur dan pengurusan JKR. Ini termasuklah siapa Menterinya, pengarah, mot0, misi, visi dan lain-lain hal bersangkutan jabatan ini. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan ini semua, sila layari Laman Rasmi JKR.

Dikongsikan juga statistik temuduga Jururteknik J17 (Elektrik) kali ini. Untuk makluman, bilangan permohonan siterima SPA untuk jawatan ini adalah seramai 11 350 dan yang bertuah dipanggil ke temuduga adalah seramai 325 orang dan ini termasuklah anda. Tahniah.

Berkaitan dengan maklumat am jawatan Juruteknik J17 (Elektrik). Jawatan ini adalah termasuk di dalam kategori sokongan dengan tangga gaji permulaan sebanyak RM952.66 (ini belum termasuk elaun-elaun). kalau masuk, ia adalah dalam lingkungan RM1 200 - RM1 400.

Antara tugas am seorang Juruteknik J17 (Elektrik) ialah membantu mengendalikan kerja-kerja pemasangan elektrik, janakuasa dan power station, memastikan kontraktor menggunakan bahan bermutu yang ditetapkan dan menyelia kerja di tapak projek. Ini mesti anda hafal, takut-takut kalau ia ditanya oleh penemuduga.

Paling penting, anda sebagai seorang Juruteknik Elektrik J17 mestilah menguasai pengetahuan teknikal yang asas. Kami tidak akan menyentuh secara detil, cukuplah sekadar menyebut beberapa topik yang harus diingat termasuklah:

1. Amalan Kejuruteraan Elektrik (Undang-undang, Peraturan dan Standard)

2. Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-peraturan Elektrik,

3. Rekabentuk (Merancang, pengiraan dan Menginterpretasi lukisan),

4. Penyeliaan (Gambarajah litar, spesifikasi dan permohonan bekalan),

5. Senggara (Praktik, prosedur dan metodologi),

6. Teknologi Maklumat (Perisian asas, LAN),

7. Sistem telefon (IP Phone, VOIP dan VOIB),

Akhir sekali, dalam mana-mana temuduga sekalipun aspek keutuhan peribadi dan integriti menjadi komponen yang tidak pernah diabaikan. Ini berani kami jamin. Belum ada temuduga yang tidak menilai kesesuaian calon dari sudut sahsiah, akhlak dan lain-lain nilai dalam diri calon. Untuk komponen yang ini anda jangan bimbang kerana kami punya cadangan yang akan menyediakan anda dari aspek dengan amat baik sekali. Bagus sekali kalau anda dapat membaca panduan yang dicadangkan di bawah:


Dengan cadangan tersebut, kami doakan anda berjaya dan seterusnya terpilih sebagai calon yang layak untuk jawatan ini.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

1 comment:

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!