Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Pembantu Akauntan W17

Temuduga Pembantu Akauntan W17
Panduan Temuduga Pembantu Akauntan W17.

Tahniah kerana menemui laman ini. Itu bermakna anda adalah calon temuduga Pembantu Akauntan W17 yang dipanggil. Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang sentiasa menerbitkan kekosongan jawatan terkini dari seluruh negara di samping sering berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan ini. Oleh itu, kami cadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruangan yang disediakan di atas supaya anda tidak terlepas walau satu pun update terbaru. Lagi pun, proses mendaftarkan emel itu cukup ringkas sekali, tidak sampai 1 minit pun!


Anda tentu akan terkejut melihat fakta ini: daripada sejumlah 579 calon yang dipanggil temuduga oleh pihak SPA pada kali ini, mereka hanya mengambil 2 orang sahaja untuk dilantik ke jawatan sebagai Pembantu Akauntan W17! Sementara 50 orang lagi akan dijadikan sebagai calon simpanan.

Menggusarkan bukan? Tapi anda memang bertuah terpanggil kerana ada lagi seramai 22 157 calon lain yang juga memohon untuk jawatan Pembantu Akauntan W17 ini tetapi tidak langsung dipanggil pun ke temuduga. Jadi gunakanlah peluang yang diberikan ini sebaiknya. Manfaatkan setiap peluang dan ruang yang ada. Jangan sia-siakan. Dengan itu di dalam minda, ikutilah tips temuduga Pembantu Akauntan Gred W17 yang kami kongsikan kali ini. Moga ada kebaikannya..

Lima (5) panduan temuduga Pembantu Akauntan W17:

1. Sekiranya lulus di dalam temuduga ini, anda akan ditempatkan di mana-mana jabatan kerajaan yang memerlukan. Jadi memang tidak boleh memilih tempat yang anda suka. Elakkan sama sekali menyuarakan tentang lokasi kerja yang anda suka. Jika ditanya penemuduga, beritahu saja 'saya sanggup bertugas dimana-mana sahaja yang diarahkan'.

2. Antara lain tugas sebagai Pembantu Akauntan W17 adalah berkaitan dengan tugas-tugas kewangan. Ini menandakan anda seharusnya tahu serba sedikit perihal pengurusan kewangan. Jadi pelajari sedikit apa itu modal, harta modal, aset tunai, hutang tertanggung, hutang terakru dan lain-lain.

3. Selain itu, anda juga perlu menguruskan hal-hal perakaunan. Kami cadangkan anda membaca subjek 'Prinsip Akaun'. Buku subjek SPM ini boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran. Ini agak mustahak. Tidaklah patut seorang Pembantu Akauntan W17 langsung tidak tahu menahu mengenai dunia perakaunan.

4. Ketahui juga selok belok Jabatan Akauntan Negara. Ini merupakan jabatan yang berkait rapat dengan tugas anda sebagai seorang Pembantu Akauntan W17. Elok jika tahu misi, visi, berita-berita terkini dunia perakaunan, maklumat korporat dan sebagainya.

5. Pengetahuan tentang cara menghadapi sesi temuduga dengan betul juga amat perlu. Walaupun dilengkapi pengetahuan yang 'up-to-date' tentang dunia kewangan dan perakaunan tetapi jika sahsiah diri, perlakuan, personaliti dalaman dan pemakaian tidak sesuai sebagai seorang Pembantu Akauntan W17 tidak boleh juga. Faktor individu itu sendiri juga merupakan penyumbang terbesar kepada pemilihan seseorang di dalam sesi temuduga. Jadi berhati-hati tentang ini. Oleh itu, kami cadangkan anda membaca Panduan Umum Menghadapi Temuduga ini sebagai pelengkap persediaan anda.

InsyaAllah sekiranya semua ini anda lakukan dan lebih lagi (kalau rajin), itu bermakna anda sudah jauh lebih bersedia berbanding 578 calon yang lain. Selamat menghadapi temuduga daripada kami. Semoga berjaya!

---

Sila jangan terkeliru antara 'Pembantu Akauntan W17' dan 'Penolong Akauntan W27'. Dua jawatan ini kalau sekali imbas kedengaran agak mirip. Namun, perbezaan utama di antara keduanya adalah Pembantu Akauntan W17 hanya memerlukan calon untuk menduduki sesi temuduga sahaja sebelum dilantik. Manakala, jawatan Penolong Akauntan W27 pula mewajibkan para calon untuk menduduki dan LULUS peperiksaan bertulis dan kemudian barulah akan dipanggil ke sesi temuduga sebelum dilantik.

Sekiranya anda calon untuk jawatan Penolong Akauntan W27, barangkali anda mahu melihat satu panduan khusus yang ditulis khas untuk memudahkan persediaan para calon menduduki peperiksaan bertulisnya. Sila rujuk melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

11 comments:

  1. Salam
    Alhamdulillah, sy terpilih utk temuduga 24/7. skrg sdg berkhidmat di sektor kerajaan as N1, saya nak tingkatkan gred jawatan. i'll try my best!! thanks for the info (pttla unit kewangan di jbtn kpt skrg pun kekurangan org)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda.. u dr jbtn mana? Sy pn dpt temuduga utk jwtn ni.. tp sessi sy pd 23/7...

      Delete
    2. Salam.. alhamdullillah... Sy pn dpt gk temuduga utk jwtn ni pd 23/7 ni... Skrg tga bkhidmat dlm sektor kerajaan gk..,sy akan cuba buat yg terbaik...

      Delete
  2. salam...saya pula temuduga nya pada 5/7 ni doakn saya saya akan share nati ye ...

    ReplyDelete
  3. saya pn dapat juga temuduga 19/7 utk jwtan w17 ni..skrg tgah keje swasta,nak sgt keje dgn kerajaan..mudah2an dpt bt yg terbaik dalam temuduga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ..kat putrajaya.good luck
      ^.^

      Delete
    2. lambat pulak nk tgu keputusan w17 ni..

      Delete
  4. alhamdulillah.. sy dpt pggilan utk temuduga bg jwtan w17.. hope this is my luck.. tq for the tips..

    ReplyDelete
  5. yup...esok..saya akan hadiri tmuduga jwtn w17..Doakan saya ya! Ameen..

    ReplyDelete
  6. salam, kita pat temuduga penolong akauntan w27.14 sept ni.
    belum ag wt preparation. hihi.
    baru nk searching pe yg patot siap sedia.
    amin, da lulus exam btulis jwtn w27 ni.
    senang juga. nta cmnu la interbiew nnti.
    wish a luck to me :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak.. camne ngan temuduga haritue.. kita 24/9 ney.. saya doakan awak berjaya.. boley kongsi tips?? terima kasih awak..

      Delete