Panduan Temuduga Pembantu Laut Gred A17 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Panduan Temuduga Pembantu Laut Gred A17

SPA sekali lagi mengeluarkan panggilan temuduga untuk calon-calon yang akan berpeluang menjawat kekosongan jawatan sebagai Pembantu Laut Gred A17.

Menurut statistik daripada pihak SPA, bilangan permohonan yang diterima kali ini adalah seramai 6 017 orang. Bilangan calon yang layak temuduga adalah serami 607 orang. Jumlah kekosongan untuk jawatan Pembantu Laut Gred A17 cuma sebanyak 49 tempat sahaja.

Jadi persaingan untuk mendapatkan jawatan ini adalah tinggi dan memerlukan seseorang calon bersedia dengan sepenuhnya. Kami di Blog Tips Kerjaya tidak ketinggalan berkongsi panduan dan petua menghadapi sesi temuduga untuk jawatan Pembantu Laut Gred A17 ini. Diharapkan ianya bermanfaat kepada para pembaca kami.

Berikut 4 tips menghadapi temuduga Pembantu Laut Gred A17:

1. Anda hendaklah mengetahui bidang tugas sebagai seorang Pembantu Laut Gred A17.

- Aspek Kewangan dan Personel
Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

- Aspek Industri (Perkapalan)
Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

- Aspek Keselamatan Pelayaran
Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

- Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan
Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

- Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)
Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan; dan
Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

2. Anda juga harus tahu dimanakah anda akan ditempatkan kelak.
- Jabatan Taman Laut Malaysia.

3. Dimana mencari maklumat tambahan mengenai Jabatan Taman Laut Malaysia?
- Dapatkan maklumat mengenai carta organisasi, info Taman Laut, profail jabatan dan lain-lain perkara penting di laman rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia.

4. Kami mencadangkan anda untuk mendapatkan panduan menghadapi sesi temuduga kerja kerajaan di bawah. Panduan ini bukanlah wajib. Cuma cadangan kami sahaja. Buat masa ini, inilah panduan ke sesi temuduga yang paling lengkap dan menyeluruh.

Ia mengandungi berpuluh-puluh skema jawapan kepada soalan-soalan lazim yang sering ditanyakan di dalam temuduga sektor awam, menerangkan etika berpakaian yang betul, mejelaskan personaliti dan pembawaan diri yang sesuai dan juga kisah-kisah benar mereka yang pernah menduduki dan lulus sesi temuduga di sektor kerajaan. Paling menguntungkan, beli sekali saja tetapi anda boleh pakai lagi dan lagi ilmu di dalam panduan ini untuk sesi-sesi temuduga lain yang anda akan duduki pada masa akan datang.


Diharapkan 4 panduan menghadapai sesi temuduga Pembantu Laut Gred A17 ini memberikan sedikit manfaat kepada anda. Kejayaan anda adalah tanda kebangaan dan keberkesanan blog kami. Selamat menghadapai sesi temuduga dan semoga berjaya.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!