Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Pembantu Meteorologi C17


Kita bermula dengan statistik untuk temuduga jawatan Pembantu Meteorologi bergred C17. Bilangan permohonan yang diterima oleh pihak SPA adalah sebanyak 4 721, sementara jumlah yang dipanggil ke sesi temuduga jawatan Pembantu Meteorologi cuma sebanyak 734 calon sahaja.

Anda pasti tertanya, berapakah agaknya bilangan kekosongan untuk jawatan ini? Jawapannya - hanya 43 tempat!

Pertama sekali anda harus bersyukur kerana lepas ke temuduga. Ribuan lagi calon lain tidak layak dipanggil pun. Jadi tahniah kepada anda.

Berikut adalah beberapa panduan temuduga Pembantu Meteorologi C17 yang kami kongsikan kali ini. Diharap ianya membantu persediaan anda sedikit sebanyak.

1. Anda harus tahu apakah diskripsi tugas seorang Pembantu Meteorologi C17.

- Pembantu Meteorologi C17 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan penerapan cuaca, merekod dan menghantar laporan cuaca berdasarkan piawai International Civil Aviation Organizational (ICAO) dan World Meteorological Organization (WMO). Memastikan semua sensor pengukuran cuaca beroperasi dan menentukan semua data dihantar keluar serta diterima dengan sempurna juga berperanan membekalkan maklumat asas untuk keperluan awam.

2. Ketahui di jabatan manakah anda akan ditugaskan kelak.

- Jabatan Meteorologi Malaysia.

3. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat Jabatan Meteorologi daripada laman rasminya.


4. Anda harus sedar Jabatan ini di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

- Jadi hafal nama menteri, pembantu menteri, pengarah dan lain-lain jawatan utama. Misi dan visi pun jangan lupa.

5. Tips terakhir, kami cadangkan anda dapatkan panduan unggul menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan.

- Cuba lihat laman jualan panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini.

Panduan lulus temuduga kerja kerajaan yang kami cadangkan ini bukanlah mandatori. Ini adalah panduan am untuk menghadapi sesi temuduga memasuki kerja di sektor kerajaan sahaja. Elok juga jika mengetahuinya, lagi pula panduan ini boleh anda gunakan pada sesi-sesi temuduga lain yang akan datang asalkan ianya dikelolakan oleh jabatan kerajaan.

Diharapkan beberapa panduan yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak membantu persediaan anda menjadi lengkap sebelum menghadirkan diri ke sesi temuduga Pembantu Meteorologi C17 itu nanti.

Semoga berjaya.

1 comment:

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!