Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S17

Panduan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S17
Unjuran terkini statistik berkaitan pengambilan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 pada Tahun 2014 adalah seperti berikut:

- Jumlah permohonan: 301,517 orang
- Jumlah dipanggil temuduga: 2,521 orang
- Jumlah kekosongan jawatan: 22 orang

Sebelum itu, jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang menerbitkan jawatan-jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara, di samping berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda tatap ini. Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di atas supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini.

Untuk pengetahuan anda, Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 adalah suatu jawatan yang tidak ditentukan secara spesifik dimanakah kelak anda ditugaskan sekiranya lulus temuduga ini. Walaubagaimanapun, untuk temuduga yang akan dikendalikan SPA pada bulan September dan Oktober, calon yang berjaya akan ditugaskan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pada post kali ini, kami akan kongsikan 10 tips sebagai panduan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S17.

01. Tahukah anda apakah diskripsi tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S17?

- Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 bertugas membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain. Di samping itu memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim.

- Di samping itu juga, sebagai seorang bakal Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17, perkara-perkara di bawah harus anda ambil tahu kerana ia akan mencerminkan kompetensi fungsional anda yang baik dan mantap.

a) Pengendalian Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga

-Institusi Kanak-Kanak

-Skim bantuan berkaitan, contoh: Bantuan Sekolah, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Cermin Mata, Bantuan Am Negeri

b) Pengendalian Perkhidmatan Warga Tua dan Orang Papa

-Keperluan dan penjagaan warga tua

-Institusi warga tua

-Institusi Pemulihan Pengemis

-Kaedah dan Peraturan berkaitan

-Pusat Jagaan Harian Warga Tua

-Skim bantuan berkaitan, Contoh: Bantuan Orang Tua, Bantuan Cermin Mata, Geran Pelancaran, Bantuan Am Negeri, Komitmen Antarabangsa

c) Pengendalian Perkhidmatan Orang Kurang Upaya

-Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

-Insentif-insentif OKU

-Pendaftaran OKU

-Institusi OKU

-Skim bantuan berkaitan, Contoh: Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Alat Otopedik/ Alat tiruan, Bantuan Cermin Mata, Geran Pelancaran, Bantuan Am Negeri

d) Pengendalian Program Pembangunan Komuniti

-Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK)

-Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah / Bahagian (JKKD)

-Briged Kebajikan Perdana

-Pengurusan NGO

-Lembaga Pelawat Institusi

-Geran Pelancaran

-Pengurusan Bencana

02. Ketahui di jabatan manakah anda akan ditugaskan nanti.

- Biasanya di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis. Tetapi ini tidak semestinya. Tapi seperti yang dinyatakan di atas, untuk sesi kali ini calon akan ditugaskan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

03. Dimanakah mencari maklumat terkini berkaitan struktur organisasi, kempen dan aktiviti-aktiviti terkini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?

- Calon boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan melayari portal rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

04. Apakah dua soalan yang paling kerap diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?

- Biasanya dua soalan yang paling popular ditanya kepada calon adalah:

a. Calon diminta memperkenalkan diri, dan
b. Kenapa calon memohon jawatan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat S17.

- Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri anda dengan jawatan ini. Tips memperkenalkan diri ialah dengan memastikannya ringkas, padat dan menyeluruh. Bagi sebab memohon pula, gunakan kreativiti anda tetapi jangan lupa menyatakan bahawa jawatan ini merupakan peluang untuk anda memberi sumbangan dan berbakti kepada negara.

05. Seterusnya, sila diakan jawapan untuk soalan-soalan yang berkaitan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti di bawah:

a) Siapakah menteri yang menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tersebut ketika ini?

b) Namakan timbalan kepada beliau?

c) Sebutkan motto Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan apakah warna rasmi bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?

d) Sila sebutkan agensi-agensi yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

e) Apakah objektif penubuhan Jabatan Pembangunan Wanita?

f) Sebutkan lima dasar teratas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

g) Apa pula akta-akta yang berkaitan dengan kementerian ini yang anda tahu?

h) Apa yang awak faham tentang Kempen Sunshine dan apakah objektif utamanya?

Tips tambahan: Jangan hadkan diri anda dengan mencari maklumat setakat untuk mendapatkan jawapan bagi soalan (a)-(h) di atas saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17.

06.  Satu lagi yang turut amat penting dititikberatkan ialah daya usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 ini. Anda pun tahu peraturannya, 'penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dalam BM yang amat baik', 'penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dalam BI yang fasih'. Jadi, mungkin panduan menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat dan efektif ini berguna buat anda!

07. Kerap kali, panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau mungkin cuma sekadar untuk berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu. Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk ialah - 'JDT Vs ATM semalam, berapa skor ya?'. Apa nak jawab kalau tak tahu. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

a) Isu politik semasa

b) Perkembangan sukan semasa

c) Isu sosial hangat semasa

d) Isu berkaitan wanita, kebajikan, kekeluargaan, wanita dan kanak-kanak.

08. Kami menyarankan anda untuk mendapatkan panduan utama menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan di bawah.

- Lihat laman Rujukan Lengkap Menghadiri Temuduga Kerja ini.

Jangan salah faham. Panduan yang kami cadangkan ini bukannya panduan khas untuk temuduga Pembantu Masyarakat S17. Ini adalah panduan umum untuk semua jenis temuduga sektor kerajaan. Kami cadangkannya kerana ia cukup komprehensif dan menyeluruh. Boleh digunakan apabila anda perlu menduduki sesi temuduga lain pada peluang akan datang pula.

09. Apakah akta-akta yang berkait rapat dengan tugas saya sebagai seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 nanti? Manalah tahu kalau-kalau anda rajin mencari dan membaca akta-akta tersebut.

Berikut adalah akta yang amat berkait rapat dengan bidang tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S17:

-Akta Kanak-Kanak 2001
-Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
-Akta Pusat Jagaan 1993
-Akta Orang Papa 1977
-Akta Orang Kurang Upaya
-Akta TASKA 1984
-Akta Pengangkatan 1952
-Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
-Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

 10. Apakah pula dasar-dasar negara atau pelan tindakan kerajaan atau hasil konvensyen yang sesuai saya baca bagi meluaskan lagi pengetahuan saya?

-Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
-Dasar Warga Tua Negara
-Dasar Sosial Negara
-Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara
-Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara
-Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
-Dekad Orang Kurang Upaya Asia Pasifik 1993-2002
-Biwako Millennium Framework of Action 2003 – 2012

Adalah menjadi harapan kami agar sedikit panduan yang kami kongsikan ini membantu persediaan anda menjadi lebih lengkap sebelum hadir ke sesi temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 itu nanti.

Semoga berjaya!

1 comment:

  1. Terima kasih atas panduan di atas. Moga diberi kebaikan yang tidak putus atas kebaikan yg diberikan.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!