Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Penolong Juruaudit W27

Panduan Temuduga Penolong Juruaudit Gred W27
Pada tahun 2012 ini sahaja, seramai 11 532 calon telah mengemukakan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Juruaudit W27. Daripada jumlah permohonan tersebut, seramai 552 orang amat bertuah dipanggil ke sesi temuduga yang dianjurkan oleh pihak SPA.

Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang menerbitkan jawatan-jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara, di samping berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda tatap ini. Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruangan yang disediakan di atas supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini.
Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak SPA sendiri, jumlah kekosongan jawatan Penolong Juruaudit Gred W27 yang ada hanyalah sebanyak 41 tempat sahaja. Ini memang suatu berita yang membimbangkan terutamanya kepada para calon dipanggil temuduga.

Disebabkan persaingan sengit itu, kami di Blog Tips Kerjaya mengambil langkah membantu dengan berkongsikan 7 tips menghadapi temuduga Penolong Juruaudit W27 di bawah.

1. Anda sudah tahu diskripsi tugas seorang Penolong Juruaudit W27? Kalau belum, baca di bawah..

- Penolong Juruaudit W27 adalah bertanggungjawab menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

2. Ketahui di jabatan manakah anda akan ditugaskan kelak.

- Jabatan Audit Negara.

3. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat Jabatan Audit Negara daripada laman rasminya.


4. Pengetahuan am tentang Jabatan Audit Negara dan perundangan audit anda mestilah mantap.

- Jadi hafal nama menteri, pembantu menteri, pengarah dan lain-lain jawatan utama di Jabatan Audit Negara. Misi dan visi pun jangan lupa.

5. Sebagai seorang Penolong Juruaudit Gred W27, mahu atau tidak, anda sewajarnya faham dan megetahui akan Asas Pengurusan Kewangan seperti:

- Pengurusan akaun awam (penerimaan, panjar wang runcit dan bayaran).
- Perolehan kerajaan (bekalan, perkhidmatan dan kerja)
- Pengurusan aset (inventori, tatacara hapus kira dan tatacara pelupusan aset)
- Pengurusan stor (verifikasi stok dan pemeriksaan stor)

6. Paling penting, seorang Juruaudit tidak lari daripada memperkatakan tentang Asas Pengauditan, ini termasuklah:

- Pengenalan Audit Dalam
a. Sejarah perkembangan
b. Fungsi dan peranan audit

- Teknik Asas dan Pendekatan Audit
a. Objektif Audit
b. Bidang tugas dan tatacara audit

- Peranan Audit Dalam dan Luar
a. Perbezaan peranan dan fungsí

- Sistem Kawalan Dalaman bagi Perakaunan Manual dan Berkomputer
a. Asas dan konsep Sistem Kawalan Dalaman
b. Fungsi kawalan dalaman
c. Perbezaan antara perakaunan secara manual dan komputer

- Kaedah-Kaedah Pengauditan
a. Jenis-jenis pengauditan
b. Kaedah pengauditan

- Pengurusan Stor Kerajaan
- Pengurusan Fail dan Rekod (Jenis-jenis fail dan rekod)
- Penyediaan Kertas Kerja dan Laporan Audit
- Pengauditan Berkomputer
- Temuramah Audit

7. Tips terakhir untuk temuduga ini, suka kami mencadangkan anda mendapatkan panduan khas menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan di bawah.

- Cuba lihat saja dahulu laman web panduan rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan di bawah ini dan buatlah keputusan anda kemudian.


Panduan Rahsia Lulus itu bukanlah wajib, ia cuma melengkapkan lagi persediaan mental anda sebelum menduduki temuduga jawatan Penolong Juruaudit W27 itu nanti. Bak kata orang - kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Pasti penemuduga berasa kagum pada persembahan dan pengetahuan anda mengenai cara anda menjalani termuduga berkenaan. Ini kerana komponen sahsiah, persoanliti dan perwatakan calon amat mempengaruhi faktor pemilihan oleh penemuduga. Panduan ini menerangkan dengan amat teliti aspek-aspek ini.

Semoga berjaya!

14 comments:

  1. terima kasih untuk tips. saya salah seorang antara 552 calon yang dipanggil untuk temuduga.

    ReplyDelete
  2. same with me...kat mn kamu temuduga?

    ReplyDelete
  3. gud luck buat kamu berdua..
    jgn gentar..buat sehabis baik..
    iallah rezeki berpihak pada kita..
    - dr meja penolong juruaudit.. ;)

    ReplyDelete
  4. hanya sminggu lg result intrvw bakal keluar..nervousnya

    ReplyDelete
  5. 4hb ritu staff SPA ada call sy bertnya sy kerja atau x skrg n beberapa soalan lg... Sy tnya camner ngan result dia jwb sedang bt semakan terakhir... Hopefully ada rezki InsyaAllah...

    ReplyDelete
  6. Result postpone 20hb la plk..... suspense jer huuu.....

    ReplyDelete
  7. tertanya2 tentang penempatan samaada di tempatkan di HQ or cawangan, any info???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. same with me...hopefully putrajaya i will be there..

      Delete
  8. alhamdulilah saya berjaya ..ada sesiapa lg yg berjaya selamat bertemu nanti..plz contact me email...epy1007@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Tahniah Epy. Kami turut berbangga dan gembira di atas kejayaan anda.. :)

      Delete
  9. Salam .. semo sya akan mendudkim ujian tersebut pada 17 May 2013 ni .. doakan saya berjaya .. tips ini sungguh bermakna

    ReplyDelete
  10. nak tanya lah kalo sy sdg blaja n x bekerje tp sy pg interview ni.agak2 die reject x saya

    ReplyDelete
  11. boleh saya tahu soalan untuk exam kemasukkan penolong juruaudit

    ReplyDelete
  12. salam.sape yg pernah pergi exam penolong juruaudit,sedikit tunjuk ajar.tq

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!