Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Pelajari 'Kemahiran Rahsia' Dapat Kerja Cepat!

Kepada yang baru sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian, tahniah diucapkan. Anda telah membuktikan bahawa anda boleh lakukan sesuatu yang mungkin sebelum ini anda tak pernah terfikir pun. Bertahun juga anda berhempas-pulas berusaha menyiapkan segala keperluan untuk menamatkan pengajian anda, akhirnya berbaloi jua. Anda berjaya membuktikan kepada kedua orang tua bahawa pelaburan mereka selama ini kepada anda terbalas kembali.

Setelah tamat pengajian ni, maka akan bermulalah satu lagi episod kehidupan. Lembaran baru sebagai seorang warga yang mencari pekerjaan. Lembaran yang selama ini anda tidak pernah terlintas di benak. Walau apapun keputusan yang anda perolehi selepas tamat pengajian, sama ada cemerlang atau kurang. Tidak menjadi soal, anda telah mencuba sehabis baik selama ini. Kehidupan sebenar anda bermula sekarang dan selamat datang ke pasaran pekerjaan – punca rezeki dan dunia yang akan anda huni selamanya.

Namun, sebelum memulakan mana-mana pekerjaan, anda bakal bergelumang dengan satu kemahiran yang akan mempromosikan diri anda kepada bakal majikan. Apakah kemahiran yang dimaksudkan itu?

Itulah dia “kemahiran menulis resume”. Kemahiran inilah yang akan mampu membawa diri anda ke alam pekerjaan yang hebat. Kemahiran inilah yang akan menjarakkan anda daripada rakan sepengajian. Kemahiran inilah yang akan memacu anda lebih pantas daripada orang lain. Inilah kemahiran yang akan membolehkan anda mendapat pekerjaan lebih awal berbanding orang lain. Tanpa kemahiran penulisan resume yang baik, anda mungkin tidak mampu meyakinkan bakal majikan anda. Keyakinan mereka adalah sasaran utama anda. Yakinkan majikan dan kunci hati majikan dengan kemahiran penulisan resume yang baik. Inilah kemahiran rahsia yang dimaksudkan.

Bertahun-tahun lamanya anda berhempas-pulas memperbaiki keputusan semasa belajar dahulu. Anda pernah nyaris-nyaris gagal dan terpaksa mengulang dalam satu subjek. Ada juga daripada daripada anda yang cemerlang sedari awal memasuki universitu sehinggalah tamat pengajian. Tapi, kini anda cemerlang atau tidak sudah bukan menjadi faktor kritikal lagi. Jika anda memerlukan pekerjaan, kemahiran inilah yang perlu anda tumpukan perhatian dan pertajamkan kerana bukan semua pelajar yang cemerlang itu pandai atau tahu menulis resume dengan baik dan seterusnya memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal majikan.

Dan kita tidak perlu terkejut (tidak perlu sama sekali), jika ada (memang ramai sebenarnya pun) graduan yang kurang cemerlang keputusannya mampu meraih kerja yang hebat hasil daripada kemahiran penulisan resume beliau dan kemahiran menjawab soalan temuduganya yang benar-benar mantap. Menarik hati majikan adalah seni. Ia bukan boleh dengan setakat mempunyai keputusan cemerlang. Kalau ini diperkirakan, puluhan ribu pencari kerja yang lain juga punya keputusan cemerlang.

Jadi, inilah yang perlu ditekankan jika ingin meraih pekerjaan yang hebat dan gaji yang lumayan. Keikhlasan dan kemahiran anda menulis resume yang diasah mampu melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda. InsyaAllah.

Dengan itu, kami di Blog Tips Kerjaya memperkenalkan kepada anda Rahsia Menulis Resume Kerja - sebuah panduan yang memperturunkan seni memikat bakal majikan. Panduan ini diilustrasikan seperti gambar berikut..
Sebuah panduan yang mempertajamkan lagi kemahiran menulis resume anda. Tidakkah perbuatan kami ini hanya menambahkan lagi kesengitan persaingan mendapatkan pekerjaan yang memang sudah sedia teramat sengit sekarang? Tidak! Ada dua alasan untuk itu. Berikut adalah alasan-alasan tersebut:

1. Tidak semua pencari kerja di Malaysia menjadi pembaca blog ini.
- Jadi mereka memang tidak tahu akan wujudnya panduan seperti ini.

2. Tidak semua orang sanggup berkorban.
- Apakah maksudnya ini? Panduan ini berbayar. Ia memerlukan kos untuk dikeluarkan. Kami berani katakan daripada lebih 1 300 pembaca kami yang ada sekarang, tidak akan sampai 20 pun yang akan membelinya. Ini berita buruk bagi kami TETAPI berita baik bagi anda. Maknanya rahsia ini masih lagi kekal rahsia kepada mereka yang tidak sanggup mengorbankan 'beberapa ringgit' demi kejayaan sepanjang kehidupan mereka (dan ratusan ribu yang diperolehi sepanjang perkhidmatan).

Jadi tidak perlu bimbang, pendedahan ini tidak membawa kesan yang besar kepada senario pencarian pekerjaan di Malaysia. Hanya tidak sampai 20 orang tadi itu sahaja yang akan meningkat maju lebih jauh daripada orang lain. Itu tidak menjadi apa dan terlebih awal kami ucapkan tahniah kepada 20 orang pembaca kami itu walau siapa pun mereka. Serta diucapkan..

"SELAMAT MAJU JAYA"

No comments:

Post a Comment