Penggunaan Bahasa Inggeris Di Dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Penggunaan Bahasa Inggeris Di Dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam

Anda mungkin tidak percaya apa yang anda baca ini tapi inilah hakikatnya.

Selain daripada handal bertutur dan menulis dalam bahasa Malaysia, untuk berjaya di dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, anda juga wajib mahir bertutur dan menulis di dalam bahasa Inggeris!

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam untuk jawatan-jawatan seperti Pegawai Antidadah S41, Pegawai Kawalan Trafik Udara A41, Penguasa Kastam W41, Juruaudit W41, Perangkawan E41, Pegawai Teknologi Maklumat F41, Pegawai Kebudayaan B41 dan lebih-lebih lagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Mempunyai satu seksyen di dalam peperiksaan bertulis yang memerlukan anda mengarang esei bahasa Inggeris!

Esei yang anda persembahkan haruslah mantap dari segi pendahuluan, isi kandungan dan penutupnya. Pihak SPA mahu melihat sejauh mana kematangan anda di dalam mengutarakan idea-idea menggunakan bahasa Inggeris yang standard, berkualiti dan mantap.

Sama sekali jangan samakan seksyen esei ini dengan esei SPM atau STPM. Itu boleh dipertimbangkan jika mengandungi kesalahan dari segi tatabahasa dan ejaan. Namun untuk seksyen esei bahasa Inggeris di dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam ia lebih ketat. Calon-calon yang menduduki peperiksaan bertulis perkhidmatan awam cukup ramai saban tahun.

Sebagai misal, untuk peperiksaan bertulis bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sesi Mei 2012 sahaja adalah seramai 37 000 ke atas! Peperiksaan untuk jawatan lain pun tidaklah begitu jauh beza jumlah daripada ini. Kelonggaran idea yang diutarakan di dalam esei bahasa Inggeris anda pun boleh dijadikan sebab yang kukuh untuk mengagalkan anda. Apalagi jika ianya kesalahan ejaan!

Anda mungkin tidaklah sebagus mana di dalam esei bahasa Malaysia (kerana semua calon lain pun tahu menggunakan bahasa kebangsaan ini), tetapi andai anda mahir di dalam bahasa Inggeris maka ini merupakan SATU KELEBIHAN BESAR kepada anda. Sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah calon lain anda sudah boleh kalahkan.

Jadi jika anda ada memohon untuk mana-mana jawatan di sektor awam melalui SPA, mulailah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda daripada sekarang. Bersedia awal adalah yang paling baik. Daftarlah di kelas tuisyen, program-program atau membeli eBook menguasai bahasa Inggeris ini.


Panduan Mahir Bahasa Inggeris Untuk Temuduga
[ Panduan Menguasai Bahasa Inggeris ]
Klik Sini Untuk Melihat Panduan Menguasai BI Ini


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!