[Port Klang] - 2 Jawatan Kosong - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[Port Klang] - 2 Jawatan Kosong

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Mei 2012 ini!

Pelabuhan Kelang dengan sukacita menguar-uarkan kepada para calon yang berminat, berkelayakan dan komited untuk memohon dua jawatan kosong seperti di bawah:

1. Pegawai Laut A41 (1 Kekosongan)
2. Akauntan W41 (2 Kekosongan)

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Calon-calon lantikan tetap hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Borang permohonan boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau muat turun melalui laman web LPK di www.pka.gov.my. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah, Diploma, Sijil-sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain kelayakan yang berkaitan yang telah disahkan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada alamat berikut:

Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang. [u.p: Pengurus (Sumber Manusia)]

Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas sampul surat permohonan. Permohonan daripada pegawai/kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dimajukan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Borang permohonan boleh dimuaturun daripada pautan di bawah:

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!