Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Siapakah Pengasas Bidang Kejururawatan Moden?

Anda bercadang menduduki temuduga Jururawat? Nah.. Kalau begitu, ini satu pengetahuan am yang harus anda kuasai. Amat ketara sekali kurangnya pengetahuan seseorang jika pengasas bidang kejururawatan pun tidak tahu. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mengaku kepada penemuduga sebelum itu bahawa anda amat-amat meminati kerjaya sebagai seorang Jururawat. Jadi berhati-hati menjawab soalan pada lain kali dan hafal info berikut!

Pengasas kejururawatan moden Florence Nightingale (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910) telah mencatatkan sejarah kejururawatan melalui sumbangannya semasa peperangan Crimea (1852 - 1854).

Beliau mendapat gelaran Lady With The Lamp kerana dengan bersuluhkan sebuah pelita dalam cuaca yang gelap dan sejuk beliau merawat dan menjaga tentera-tentera yang tercedera dan berada di dalam kesakitan.

Bermula dari peperangan itu wanita- wanita yang mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai sifat terpuji diberi latihan dalam bidang kejururawatan. Seterusnya bidang kejururawatan yang formal terus berkembang pesat dan diberi pengiktirafan di seluruh dunia.

Panduan Temuduga Jururawat U29!



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!