SPAT - Semakan Jadual Temuduga - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

SPAT - Semakan Jadual Temuduga

Semakan jadual temuduga untuk calon yang ada memohon di SPAT boleh dibuat melalui pautan di bawah:


Khusus untuk yang ada memohon di SPAT, sebelum anda menyemak sama ada dipanggil ke temuduga atau tidak, kami kongsikan beberapa petua menghadapi temuduga di bawah:

1. Pakaian semasa menghadiri temu duga

Tuan / Puan adalah dikehendaki untuk berpakaian sopan dan bersesuaian semasa menghadiri temu duga. Contoh pakaian yang dibenarkan ialah :

(a) Lelaki
- Kemeja berkolar lengan panjang atau pendek
- Seluar slack hitam panjang
- Kasut hitam

(b) Perempuan
- Baju kurung / Baju kurung moden / Baju kebaya labuh
- Suit Punjabi
- Kemeja dan skirt panjang
- Kasut yang bersesuaian

2. Adab semasa menghadiri temu duga

(a) Hadir lebih awal dari masa yang ditetapkan
(b) Menyediakan semua dokumen dikehendaki (asal dan salinan disahkan)
(c) Berpakaian sopan dan kemas
(d) Bagi calon lelaki, pastikan rambut tidak panjang
(e) Bawa bersama alat tullis dan fail yang sesuai menyimpan dokumen
(f) Menjaga tingkah laku semasa di pusat temu duga
(g) Tidak membuat bising semasa di pusat temu duga

--------

Rujukan khas untuk peperiksaan ONLINE Separa Perubatan. Peperiksaan ini khas untuk kemasukan ke "Latihan Separa Perubatan". Ianya merupakan ambilan terbanyak di SPA setiap tahun! Bacalah panduan yang cukup komprehensif ini:



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

15 comments:

  1. 5 /9/ 2013 tempoh ari sya baru menghadiri temuduga kali pertama di KMM di syah alam.saya dri utara semenanjung,terpaksa bertolak awal ke shah alam sehari lbih awal dgn menaiki bas,takut terlewat tau mengelak sebarang masalah yg timbul.walaupun bermacam2 masalah yg timbul bila menghadiri temuduga ini,saya terpaksa tabah kan hati jgak.dengan masalah pengangkutan dri stesen bas ke motel baget,bilik yg kurang selesa dan terpaksa meredah hujan pada hari temuduga.nak menangis pn ada,tapi kuat kan semangat jgak.harap2 temuduga KMM saya berjaya,;Amin,

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    saya akan menghadiri temuduga pada 20.11.13 di kampung halaman saya..tapi masalah ny bila saya nk check status temuduga di internet rekod saya tak di jumpai... tapi surat sampai dirumah..macam mana ya?dan disurat tu dia senarai semua jawatan yang ada tapi saya cuma memohon satu jawatan ja....pening lerr

    ReplyDelete
  3. w,salam myra,..anda dapat p temuduga d negeri mana,,?saya pn baru lpas p temuduga bulan 9 tempoh ari.saya ari tu pn nk check spat pn ,nama saya pn x ada,..tp saya dapat surat jgak.saya rasa x payah risau lah..

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum, selamat pagi.
    Minta kerjasama pihak kkm atau spat untuk mengemaskini semula data dan website anda kerana ia mnyukarkan pengunjung berkunjung di website anda untuk memohon jawatan kosong yang ada. Mohon juga pihak anda menerima seseorang dengan adil agar tiada kemarahan yang berlaku. Jika bernar-benar seseorang itu tidak layak mohon maklum balas. Paling mudah melaui sms. Mohon maaf atas aduan saya hikmah yang meng'RATE'kan webstie dan perkhidmatan anda. Kerjasama anda amatlah saya hargai.


    dibalas -

    Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

    Tuan / Puan,
    Pihak Unit Pengambilan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai maklumbalas daripada pihak tuan / puan. Untuk makluman tuan / puan, Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) akan diperkemaskini dan diperhalusi dalam tempoh terdekat ini.

    Urusan Pengambilan calon yang menghadiri temu duga adalah ditentukan oleh panel temu duga. Panel temu duga yang bertugas adalah dipilih dari kalangan pegawai yang berpengalaman dari pelbagai bidang tugas diperingkat negeri dan ibu pejabat. Panel yang dilantik di pusat temu duga adalah secara rambang bagi membolehkan ketelusan dalam proses pengambilan. Panel bertindak menilai dan memberi permarkahan kepada calon yang menghadiri temu duga berdasarkan sesi soal jawab yang dibuat ketika sesi temu duga.

    Sebarang pertanyaan mengenai urusan temu duga, tuan / puan boleh menghubungi Unit Pengambilan di talian:

    03-8883 2781

    Sekian, terima kasih

    SHANMUGAM A/L GOPALAN
    Penolong Setiausaha
    Unit Pengambilan
    Bahagian Sumber Manusia
    Kementerian Kesihatan Malaysia


    ReplyDelete
  5. Sy terkilan kbanyakan org ckp keje kerajaan sume kroni @ org dlm yg tlg..sy yg pki org dlm ni knp x dpt pun..so sume tu x btl k,rezeki Allah yg pegang..bkn org dlm..pcy pd takdir

    ReplyDelete
  6. Saya nk tanye yg dkt sini kalau KKM bg tawaran tp SAMBILAN 3 bulan ade x yg nak?

    ReplyDelete
  7. ada sesiapa yang dah dpt result ke temuduga sept 2013?Kenapa bila check semakan result temuduga di Sistem SPAT,Maaf No I/C anda tiada dlm rekod temuduga?camner tu?

    ReplyDelete
  8. sampai nak tamat tempoh dari tarikh daftar tapi tak panggil untuk temuduga pon.......mereka ada "pemilihan" watak atau status pendidikan ka?

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah panel temuduga kata dapat..calon lantikan..untuk jawatan pekerja awam gred N1..bru lpas temuduga tadi di anak bukit kedah..rezeki allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa temuduga terus bagitaw jawapan kew?

      Delete
  10. Salam..,saya nak tanya,..keputusan temuduga KMM di stadium shah alam, selangor pada 2 hingga 6 september yg lepas sudah kekuar ke belum keputusan nya.ada siapa2 di sini dah dapat surat keputusan temuduga d stadium shah alam ke..? YANG INGIN TAHU....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm,sy pun sama ingin tahu gak....sesiapa yg dah dpt result temuduga distadium shah alam,selgor pd 2/9 - 6/9/2013 pls info2....?Bila wat semakkan keputusan temuduga di sistem SPAT,yg peliknya NO.I/C yg disemak tiada dlm urusan temuduga tersebut...pelik la...cuba cer camner tuuuu????

      Delete
    2. sabar je ada juga rezkinya tu...

      Delete
  11. berdiri atas kaki sendiri ...jangan harapkan tongkat je..kita kene berusha dahulu sambil menunggu tawaran...tapela keja swsta pun ta pe ada rezki datangla tu...

    ReplyDelete
  12. Yang tak boleh semak keputusan temuduga spat kkm semuanya gagal

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!