Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Syarat Khas Memohon Konstabel Sokongan YT 1

Pada kali ini kami di Blog Tips Kerjaya akan berkongsikan syarat khas untuk memohon jawatan sebagai Konstabel Sokongan Gred YT 1. Jawatan di PDRM ini boleh dipohon oleh lelaki dan wanita.

Anda seharusnya sudah berumur 18 dan merupakan warganegara Malaysia. Berikut syarat khas yang perlu anda penuhi..

Syarat khas akademik:
- Lulus Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran; dan
- Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat khas Wanita:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.52m
- Berat sekurang-kurangnya 48Kg
- Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 - 26
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Syarat Khas Lelaki:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m
- Berat sekurang-kurangnya 50Kg
- Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 - 26
- Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm.
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Sekiranya anda berminat untuk bertugas di PDRM, boleh memohon kerjaya ini melalui borang SPA8i di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

8 comments:

  1. bekas anggota tentera boleh memohon ker?

    ReplyDelete
  2. dya punya syarat x ketat mcm regular kan.???

    ReplyDelete
  3. SPA8I TIPU PUNYALAH~~~DAH LAME MOHON XPI XDPT APE2 PONNN...LAME TUNGGU...TIPUUUU BTOL SPA8I NEEEEEE...

    ReplyDelete
  4. saya telah berjaya dalam pemilihan pemeriksaan fizikal dan temuduga lisan.saya juga telah menjalani pemeriksaan kesihatan.semua ok cuma bacaan ketetapan ujian penglihatan mata 6/12 mata kiri dan mata kanan.adakah dikira berjaya @ tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mohd izahar bin sulaiman berumur 29 tahun saya dilahirkan pada 22 10 1984 di pontian johor..... saya berasal dari pontian dan menetap di No 16 Jalan seri Semerah 2 taman seri semerah parit semerah pontian johor darul takzim saya memulakan karier saya sebagai pekerja operator kilang di wen elektronik sebagai operator biasa.. pengalaman saya sudah bekerja hampir 9 tahun dan pada suatu hari saya pergi ke kaunter pertanyaan di balai polis pontian dan pegawai yang bertugas itu memberitahu saya ader buka iklan jawatan kosong di suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia dan saya pun cuba memohon kelayakan yang saya adalah penilaian menengah rendah tau singkatan nya sijil tingkatan 3....berat badan saya ader lah berat badan ideal ialah 55 kilogram dan tinggi saya aderlah 166 sentimeter saya berharap permohonan saya dapat sokongan dari tuan dan puan hendaknya sekian dari saya MOHD IZAHAR BIN SULAIMAN saya serahkan permohoinan saya ini untuk rujukan tuan

      Delete
  5. kalau pakai sijil pmr sahaja tak boleh ke..?

    ReplyDelete
  6. konstabel sokongan yt1 untk ambilan 2014 bila ye..kalau ada info terkini,info ya.. nk tahu konstabel sokongan yt1 2014 keyalakan PMR ke??

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!