Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Syarat Lantikan Jururawat U29 Dan U41

Syarat Lantikan Jururawat U29 Dan U41
Pada kali ini ringkas sahaja, hanya kami ingin berkongsikan apakah syarat lantikan untuk menjadi seorang Jururawat Gred U29 dan Jururawat Gred U41. Berikut syaratnya..

Syarat Lantikan Ke Jururawat Gred U29
- Memiliki Diploma Kejururawatan daripada Kolej Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan

- Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Lantikan Ke Jururawat Gred U41
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan

- Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!