Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Syarat Memohon Inspektor Polis Gred YA 13

Syarat Memohon Inspektor Polis
Pada kali ini kami di Blog Tips Kerjaya akan berkongsikan syarat khas untuk memohon jawatan sebagai Inspektor Polis Gred YA 13. Jawatan di PDRM ini boleh dipohon oleh lelaki dan wanita.

Pastikan andasudah berumur 18 dan merupakan warganegara Malaysia. Berikut syarat khas yang perlu anda penuhi..

Syarat Khas Akademik:
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

- Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf atau setaraf dengannya daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan; ATAU

- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan / Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; ATAU

- Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya; ATAU

- Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

- Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Khas Wanita:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m tanpa kasut

- Berat sekurang-kurangnya 48Kg

- Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 - 26

- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.

- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

- Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Syarat Khas Lelaki:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m

- Berat sekurang-kurangnya 50Kg

- Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 - 26

- Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm.

- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.

- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

- Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai pasukan PDRM, sila memohon kerjaya ini melalui borang SPA8i di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk lulus! Semuanya ada dibincangkan di sini.

12 comments:

  1. Ijazah sains sukan.....ada kew boleh mohon jawatan inspektor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ijajazah kejuruteraan dari UNITEN dalam bidang mekanikal atau elektrik & elektronik boleh mohon untuk jawatan Inspektor

      Delete
  2. Tiada pembukaan untuk jawatan inspektor pada masa yang singkat ini?Apakah umur maksima yang boleh pohon jawatan ini?

    ReplyDelete
  3. degree in TESL can apply or not?

    ReplyDelete
  4. im just diploma in business did i qualify for apply the duty of inspector?

    ReplyDelete
  5. X complete tu..tidak lebih 28thn utk degree kee bwh..tidak lebih35 thn utk phd

    ReplyDelete
  6. kalau ijazah sarjana muda pengurusan hospitaliti (kepujian) layak mohon tak???...

    ReplyDelete
  7. kalau abis2 SPM trui ... boleh mohon jawatan inspektor ?????

    ReplyDelete
  8. Habis stpm paling tinggi boleh mohon sarjan sahaja.Habis spm pula konstabel.

    ReplyDelete
  9. kalau tgh dlm process ambik degree blh x amik inspector gred ya13??

    ReplyDelete