Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tanggungjawab Majikan - Jika Pemberhentian Kerja Dilakukan

Jika pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan, majikan hendaklah melaksanakan tindakan-tindakan seperti berikut :-

4.1 Mengadakan perbincangan dengan pekerja-pekerja atau Kesatuan Sekerja yang mewakili mereka secepat mungkin mengenai pemberhentian pekerja yang akan dilakukan;

4.2 Menawarkan skim pemberhentian/persaraan secara sukarela dengan kadar bayaran pampasan yang munasabah;

4.3 Membayar pampasan atau faedah penamatan kerja kepada pekerja yang layak;

4.4 Menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja yang telah melebihi umur persaraan;

4.5 Memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955 seperti berikut;

i. 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2 tahun;
ii. 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau
iii. 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun.

Atau

mengikut tempoh notis penamatan yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan yang mana lebih baik.

4.6 membantu pekerja-pekerja mencari kerja di tempat pekerjaan lain sebelum pemberhentian dilakukan;

4.7 melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat dalam tempoh yang lebih panjang;

4.8 melaksanakan prinsip ‘FWFO’ (Foreign Worker - First Out) dalam kategori pekerjaan yang sama, iaitu memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu; dan

4.9 melaksanakan prinsip ‘LIFO’ (Last – In – First – Out) sekiranya pemberhentian hanya melibatkan pekerja tempatan dalam kategori pekerjaan yang sama iaitu memberhentikan pekerja mengikut tempoh perkhidmatan di mana pekerja yang baru berkhidmat ditamatkan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, majikan juga boleh melaksanakan pemberhentian pekerja berdasarkan kriteria-kriteria tertentu setelah berunding dan mendapat persetujuan dari pihak pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!