[UiTM Kedah] - 5 Jawatan Kosong Jun 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[UiTM Kedah] - 5 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh permohonan ditutup 14 Jun 2012.

UiTM - Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah dengan sukacitanya menjemput tuan/puan yang berminat dan berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Perubatan U29
2. Juruteknik J17
3. Jururawat Masyarakat U19
4. Pengawal Keselamatan KP11
5. Pemandu R3

Perhatian Penting:
(a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan‐Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

(b) Hanya permohonan yang ditapis‐senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen‐dokumen asal dan salinan sijil‐sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

(c) Pemohon‐pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(d) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Cara Mengemukakan Permohonan:
- Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disebelah kiri (atas) sampul surat.

- Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
PETI SURAT 187
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: 04-4562053/ 2052/ 2059

Borang permohonan boleh dimuaturun daripada pautan yang kami sediakan di bawah:


Iklan penuh jawatan kosong ini boleh dibaca melalui pautan berikut:

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!