3 Jenis Konflik Di Tempat Kerja - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jenis Konflik Di Tempat Kerja

Konflik Diri
Konflik ini bersifat persendirian atau antara diri sendiri. Dalam tugas dan kehidupan harian anda perlu membuat keputusan yang melibatkan banyak alternatif. Apakah sebabnya konflik begini boleh timbul?

- Pertama, anda terpaksa memilih antara beberapa alternatif yang bersesuaian.

- Keduanya, anda terpaksa memilih alternatif yang mempunyai kedua-dua kesan positif dan negatif.

- Ketiga, anda dihadapkan dengan alternatif yang mempunyai kesan negatif sahaja.

Konflik Antara Manusia (Interpersonal)
Konflik antara manusia berlaku di mana-mana sahaja terutamanya di tempat kerja. Sumber yang tidak mencukupi, percanggahan pendapat dan persepsi, tersalah anggap dan sebagai merupakan sebab-sebab timbulnya konflik ini. Berlaku di mana terdapatnya hubungan manusia terutamanya apabila mereka perlu berkomunikasi dan bekerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama tetapi berlainan peranan, tanggungjawab dan keperluan.

Konflik Pasukan
Sesuatu pasukan akan menghadapi dua jenis konflik dalam menjalani peranan dan tugas mereka. Konflik dalam Pasukan samalah seperti pasukan mengalami konflik sesama sendiri oleh sebab-sebab tertentu. Konflik antara Pasukanmerupakan konflik yang tercetus antara satu pasukan dengan pasukan lain umpamanya antara Pasukan Kerja Sumber Manusia dan Pasukan Kerja Kewangan disebabkan mereka bercanggah pendapat tentang perbelanjaan dan faedah kakitangan. Konflik pasukan perlu dititik berat dan diurus dengan baik demi kebaikan dan peningkatan prestasi pasukan dan organisasi.

Jenis Isu Pencetus Konflik
Menurut Schmidt and Tannenbaum (1972), terdapat 4 jenis isu yang menyebabkan tercetusnya konflik antara manusia.

- Tidak setuju dengan maklumat/tujuan

- Tidak setuju dengan cara melakukan tugas

- Tidak setuju dengan suatu keterangan/fakta

- Tidak setuju dengan nilai (benar/salah)

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!