Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Bidang Pengkhususan & Peluang Kerjaya Jururawat Di KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan kepada Jururawat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan untuk pembangunan kerjaya mereka. Latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kursus Pos Basik/Pengkhususan
- Anaesthesia
- Kebidanan
- Kecemasan
- Kejururawatan Kes Awam
- Perawatan Gerontologi
- Perawatan Koronari
- Perawatan Neonat
- Perawatan Oftalmik
- Perawatan Onkologi
- Perawatan Ortopedik
- Perawatan Pediatrik
- Perawatan Perioperatif
- Perawatan Psikiatri
- Perawatan Rapi
- Perawatan Neurosains
- Pengurusan Diabetes
- Perubatan Sukan
- Perawatan Otorinolaringologi
- Forensik
- Perawatan Perianestesia
- Kawalan Infeksi
- Perawatan Rehabilitasi
- Penjagaan Kesihatan Primer
- Gastrointestinal Endoscopy

Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana
Jururawat yang mempunyai kelayakan di peringkat diploma dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah layak mendapat kemudahan cuti belajar separuh gaji. Kemudahan ini diberikan sebanyak dua kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. Kaedah pengajian boleh dilakukan sama ada secara separuh masa, pengajian jarak jauh atau separuh masa.

* Rujuk pekeliling Perkhidmatan Pengurusan Latihan (JPA) Serta mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam 9/2005 bagi peningkatan skim kejururawatan.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!