Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Gaji Pokok, Elaun Khas Dan Kemudahan Jururawat

Gaji Dan Elaun Jururawat
Gaji pokok, elaun khas dan kemudahan Jururawat.

Peringkat dan tangga gaji pokok Jururawat mengikut gred adalah seperti berikut:

Gred U29 - RM 1493.44 (P1T6) hingga RM 3057.39 (P1T27)

Gred U32 - RM 1959.29 (P1T1) hingga RM 3656.38 (P1T20)

Gred U36 - RM 3057.36 (P1T1) hingga RM 4521.51 (P1T11)

Gred U42 - RM 1999.19 (P1T1) hingga RM 4723.81 (P1T24)

Gred U44 - RM 3028.90 (P1T1) hingga RM 5018.81 (P1T14)

Gred U48 - RM 4431.54 (P1T1) hingga RM 5882.85 (P1T08)

Gred U52 - RM 4992.31 (P1T1) hingga RM 6443.62 (P1T08)

Gred U54 - RM 5258.09 (P1T1) hingga RM 6843.02 (P1T08)

Jururawat adalah layak menerima elaun khas tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Elaun-elaun tersebut adalah seperti berikut:

1. Bantuan Sara Hidup (COLA) pada kadar RM 100.00 hingga RM 300.00 bergantung pada tempat bertugas.

2. Bayaran Insentif Perudara kepada Jururawat yang terlibat dalam aktiviti rawatan perubatan udara iaitu RM 30.00 bagi satu penerbangan pergi dan balik.

3. Bayaran Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta diberikan kepada Jururawat yang bertugas sepenuh masa merawat pesakit jiwa, tibi, dan kusta pada kadar RM 60.00 sebulan.

4. Bayaran Insentif Pos Basik kepada semua anggota paramedik yang memenuhi syarat pada kadar RM 100.00 sebulan.

5. Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan & Elaun Balik Kampung bagi anggota yang memenuhi syarat

Kemudahan-kemudahan lain yang layak diterima oleh Jururawat adalah seperti berikut:

01. Kemudahan perubatan percuma untuk individu, keluarga dan ibu bapa

02. Kuarters (jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan) iii. Pinjaman perumahan

03. Pinjaman komputer

04. Pinjaman kenderaan

05. Skim pencen atau KWSP

06. Peluang melanjutkan pelajaran/latihan

07. Elaun dalam perkhidmatan seperti berikut:

- Elaun bertugas rasmi
- Elaun kemudahan dan bayaran bertukar / berpindah rumah dalam negeri
- Elaun berkursus
- Elaun bertugas di seberang laut

08. Kelayakan cuti seperti berikut:

- Cuti tahunan sebanyak 25 hari
- Cuti separuh gaji
- Cuti tanpa gaji
- Cuti mengerjakan haji selama 40 hari
- Cuti sakit dan cuti sakit lanjutan
- Cuti kerana berkursus
- Cuti tanpa rekod (perayaan, gantian, menghadiri peperiksaan dan lain-lain)

09. Kemudahan pengurusan jenazah anggota sebanyak RM 1,000.00

(Sila rujuk Perintah Am Bab C)

6 comments:

  1. jururawat masyarakat u19 tiada dalam senarai golongan JURURAWAT jgk kn....apala nasib JM U19..tiada elaun cola..tiada elaun kritikal...JM U19 pn bekerja guna alat2 tajam jgk...hmm...nasib xmyebelahi golongan JM U19..sedihnyerr....

    ReplyDelete
  2. jururawat yang bertugas di setiap klinik 1 malaysia yang bekerja hari minggu iaitu sabtu dan ahad layak tak menerima bayaran kerja lebih masa?

    ReplyDelete
  3. x layak..sebb klinik 1 Malaysia t BN punye....

    ReplyDelete
  4. kalo pas or dap or keadilan punya..layak ke dpt?

    ReplyDelete
  5. jururawat gredu29 boleh tak naik pangkat ke gred lebih tinggi?atau slamanya d takuk yg lama cuma gaji sja yg mungkin naik?answer plss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau minta kenaikan pangkat U32..boleh jadi sister

      Delete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!