Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Hak-Hak Pekerja Yang Diberhentikan Kerja

Apakah maksud Pemberhentian Pekerja?

Pemberhentian pekerja bermaksud penamatan kontrak perkhidmatan akibat penutupan syarikat dan berlebihan pekerja. Keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul adalah berikutan daripada beberapa sebab seperti penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat dan lain-lain. Ini tidak termasuk jenis-jenis penamatan kontrak perkhidmatan akibat tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja.

6. Apakah hak-hak dan peranan pekerja yang terlibat dengan pemberhentian pekerja?

Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja adalah layak kepada faedah-faedah penamatan kerja minimum sekiranya mereka dilindungi di bawah mana-mana akta atau Perjanjian Bersamamempunyai hak-hak di bawah Akta Kerja 1955 atau Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

6.1 Akta Kerja 1955 / Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) / Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)
Secara amnya, pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan terlibat dengan pemberhentian adalah layak untuk menuntut faedah-faedah statutori berikut:

6.1.1 Gaji ganti notis
Pekerja yang diberhentikan kerja tanpa diberi tempoh notis penamatan perkhidmatan yang mencukupi, boleh menuntut bayaran gaji ganti notis (indemniti). Gaji ganti notis hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.

6.1.2 Faedah penamatan kerja
Pembayaran faedah pemberhentian kerja hendaklah mengikut ketetapan di dalam kontrak perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 / Kaedah-kaedah Buruh (Sabah) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008 / Kaedah-kaedah Buruh (Sarawak) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008 iaitu:-

i. 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat melebihi 12 bulan tetapi kurang daripada 2 tahun;

ii. 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun;

atau

iii. 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih. dan dikira pro-rata bagi tempoh perkhidmatan yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.

Formula pengiraan yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 / Kaedah-kaedah Buruh (Sabah) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008 / Kaedah-kaedah Buruh (Sarawak) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008, iaitu :


6.1.3 Pekerja berhak mendapatkan butir-butir bertulis tentang amaun jumlah faedah penamatan dan cara kiraan dibuat. Faedah penamatan kerja hendaklah dibayar selewatlewatnya 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.

6.1.4 Bayaran sebagai ganti baki cuti tahunan, sekiranya ada.

6.1.5 Pekerja-pekerja yang terlibat dengan pemberhentian boleh merujuk kepada JTK yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

6.2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

6.2.1 Jika pekerja yang terlibat dengan pemberhentian merupakan ahli kesatuan sekerja dan menandatangani Perjanjian Bersama, pekerja tersebut layak kepada perkara-perkara berikut:

i. Pampasan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Bersama; atau

ii. Pemulihan Kerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan tindakan pemberhentian yang dilakukan oleh majikannya.

6.2.2 Pekerja-pekerja yang tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh (Sabah Bab67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab76) atau Perjanjian Bersama, mereka tertakluk kepada terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan atau budi bicara majikan berhubung jumlah pampasan yang akan diterima.

6.2.3 Pekerja bolehlah mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya dari Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berhampiran dengan tempat kerja.

Apakah yang patut dilakukan oleh Pekerja yang diberhentikan kerja?

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pekerja yang diberhentikan adalah:

i. Laporkan cadangan atau tindakan Pemberhentian yang akan atau telah diambil oleh majikan mereka kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.

ii. Mendaftarkan diri di Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan sama ada secara hadir sendiri dengan membawa bersama kad pengenalan, sijil-sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan atau secara talian terus (online) di dalam portal pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja iaitu www.jobsmalaysia.gov.my.

iii. Pastikan bayaran pampasan atau faedah penamatan kerja telah diterima (sekiranya layak).

iv. Laporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan sekiranya telah memperolehi pekerjaan baru

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

10 comments:

  1. Assalammualaikm..saya hendak bertnya bagi pihak kawan saya..dia ada hutang dengan ipts..ipts tempat yang dulu dia belajar kata kalau dia tidak membaya hutang itu..pihak ipts 2 akan mengeluarkan saman yang membolehkan dia diberhentikan kerja..adakah ini betul

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..sy hendak bertanye bagaimana jika sy di berhentikn kje sebelum tarikh surat notis yg sy hantar pd majikan.

    ReplyDelete
  3. Salam...sya amirul,sya ingin b'tnyekn 1soalan,skire nye sya d'berhentikn kerja oleh majikn,adkah sya yg perlu m'beri notis b'henti kerja?

    ReplyDelete
  4. Salam...sya ingin b'tnyekn 1soalan,skirenye sya d'berhntikn oleh majikan adkah sya yg perlu m'beri notis brhenti kerja?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. sy telah dibuang kerja dalam keadaan mengandung 5bulan... majikan telah membuang saya melalui lisan tanpa notis.. masalah yang saya hadapi sekarang kes ini dalam siasatan PTK.. saya tiada bukti dan majikan pula menafikan yang beliau telah membuang saya sebagai pekerja... apakah yang harus saya lakukan ? TERIMA KASIH :-)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ...Saya bekerja dengan swasta selama 8 tahun, tiada ikatan kontrak, jika saya nak letak jawatan perlukah saya hantar surat notice ??? Dalam keadaan ekonomi sekarang, apa - apa pun mahal, baru nak gaji 50 ? Cukup apa ?

    ReplyDelete
  7. asalamualaikum. saya hendak bertanya, saya bahagian Human Resourses, saya telah membuat undang- undang kerja baru iaitu gaji dipotong RM2.00/5 minit jika pekerja lewat ke tempat kerja. tapi mereka tidak mahu bersetuju bolehkah mereka diberhentikan kerja? Tetapi saya akan memberikan notis terlebih dahulu, mengikut labour.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pekerja balik lewat 5 minit. yang lebih 5 minit tu di bayar OT x?

      Delete
    2. HAHAHA.... SUSAH HR NK JAWAB

      Delete
    3. tu la...pekerja msuk lwt nk potong gaji..kalu pekerja blik lwt 10,15 mnt ade nk byr?

      Delete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!