Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[KEDA] - 12 Jawatan Kosong Julai 2012

Jawatan kosong KEDA - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah.

Tarikh tutup iklan 01 Julai 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) seperti berikut:

01. Pegawai Pertanian Gred G41
02. Pegawai Tadbir Gred N41
03. Pegawai Penerangan Gred S41
04. Penolong Jurutera (Jentera/Awam) Gred J29
05. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
06. Penolong Akauntan Gred W27
07. Pembantu Hal Ehwal Ekonomi Gred E17
08. Juruteknik Awam Gred J17
09. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
10. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
11. Pemandu Kenderaan Gred R3
12. Pekerja Awam Gred R1

Cara memohon:
1) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang KEDA AM 1/2011 yang boleh didapati melalui laman web keda.gov.my. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.

2) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:

a) Salinan sijil atau keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan;
b) Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan.

3) Permohonan berikut akan ditolak:

a) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
d) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
e) Tidak ditandatangani; dan
f) Diterima selepas tarikh tutup permohonan.

4. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Nota:
Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dimohon.

Syarat lantikan dan kelayakan minimum boleh dibaca melalui pautan di bawah:


Borang permohonan jawatan kosong KEDA boleh dimuaturun melalui link berikut:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!