Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[LHDN] - Temuduga Terbuka 2012

Temuduga terbuka LHDN - Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tarikh temuduga terbuka diadakan 25 Jun 2012.

LHDN merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan mereka yang berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21 Sambilan, dengan mengadakan satu temuduga terbuka seperti ketetapan berikut:

MASA:
Bermula Jam 9.00 Pagi

TEMPAT:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pusat Khidmat Pelanggan
Aras 12, Menara C, Persiaran MPAJ
Jalan Pandan Utama Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur

CARA MEMOHON:
- Pemohon hendaklah hadir ke sesi temuduga terbuka seperti yang ditetapkan.

- Permohonan hendaklah mengisi secara manual Borang Permohonan Pekerjaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

- Borang permohonan boleh diperoleh melalui laman web LHDNM di alamat http://www.hasil.gov.my di ruangan KERJAYA, klik pada Borang Permohonan Pekerjaan. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport .

- Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan lain-lain sijil yang berkaitan (Disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).

- Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang telah disahkan hendaklah diserahkan kepada Urusetia semasa hari temuduga.

Maklumat lanjut dan kelayakan pemohon boleh didapati dengan melayari pautan di bawah:


No comments:

Post a Comment