[MP Kajang] - 4 Jawatan Kosong Bulan Julai 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[MP Kajang] - 4 Jawatan Kosong Bulan Julai 2012

Jawatan kosong Majlis Perbandaran Kajang.

Tarih iklan ditutup 09 Julai 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia (keutamaan kepada warga Selangor) bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak / tetap seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
2. Penolong Jurutera J29
3. Juruteknik Elektrik J17
4. Juruteknik Mekanikal J17

Cara memohon
(a) Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

(b) Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi megelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

(c) Alamat permohonan adalah seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Unit Perjawatan )

Untuk melihat sendiri iklan penuh jawatan termasuk syarat lantikan dan fungsi bidang tugas, sila layari pautan berikut:


Borang permohonan boleh dimuaturun daripada pautan yang kami sediakan di bawah:


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!