[MPPG] - 5 Jawatan Kosong Jun 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[MPPG] - 5 Jawatan Kosong Jun 2012

Jawatan kosong MPPG - Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Tarikh akhir permohonan 22 Jun 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi jawatan kosong berikut:

1. Penolong Jurutera (J29)
2. Juruteknik (J17)
3. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa (J17)
4. Pembantu Am Pejabat (N1)
5. Pekerja Awam (R1)

Cara membuat permohonan:
i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada waktu Pejabat atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 32cm (4 x 9inci) bersetem 50sen beralamat sendiri dengan mencatat “PERMOHONAN BORANG” di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan disertakan wang pos bernilai RM 1.00 atau borang boleh di muat turun dengan melayari laman web mppg.gov.my

ii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahunan.

iii) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR
81700 PASIR GUDANG
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Syarat lantikan dan kelayakan setiap jawatan kosong boleh dibaca melalui pautan berikut:


Borang permohonan anda boleh muaturun melalui pautan yang disertakan berikut:

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!