Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Penolong Akauntan Gred W27
Panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27.

Peperiksaan bertulis Penolong Akauntan W27 adalah antara peperiksaan bertulis terbesar yang akan dianjurkan oleh SPA dalam bulan Jun 2012 ini. Ini kalau berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa calon yang mengambil peperiksaan Penolong Akauntan W27 adalah lebih kurang 2 000 orang. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada calon yang akan menduduki peperiksaan ini, adalah lebih baik anda mempersiapkan diri memandangkan persaingan kali ini tidaklah sesedikit sesi-sesi peperiksaan yang lepas.

Sebelum itu, jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan jawatan kosong terkini setiap hari, di samping pelbagai tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda telaah ini. Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di atas agar anda tidak ketinggalan apabila tiap kali ada update terkini.

Sekiranya anda belum lagi menyemak nama sama ada terpanggil atau pun tidak tetapi ada memohon, sila lakukan semakan nama anda sekarang melalui perkongsian pautan semakan yang kami berikan sebelum ini di pautan di bawah:


Pada kali ini, sukalah kami berkongsikan sedikit panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27. Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini memberikan manfaat yang sebaiknya kepada anda para calon.

1. Sebagai calon yang memiliki diploma berkaitan bidang kewangan dan perakauanan anda seharusnya mengulangkaji perkara-perkara yang disenaraikan di bawah:

- Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972)

- Arahan Perbendaharaan

- Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan terkini (yang berkaitan dengan kewangan)

- Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia terkini.

- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang berkaitan dengan Sistem Perakaunan Mikro.

2. Lakukan rujukan tambahan, manalah kita tahu kalau-kalau Arahan Perbendaharaan juga ditanya. Bacalah sepintas lalu berkenaan hal-hal berikut:

Bab A – Acara Kewangan

Bab B – Acara Pengakaunan

Bab C – Audit, Kehilangan dan Acara Hapus Kira

Financial Procedure Act 1957 (disemak 1972) – Act No. 61

3. Tugas-tugas hakiki seorang Penolong Akauntan W27 biasanya merangkumi tanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

4. Walaupun kemungkinan untuk soalan berkaitan Jabatan Akauntan ditanya adalah rendah tetapi kita tidak boleh mengabaikan kemungkinan ini. Oleh itu adalah bijak sekiranya anda turut melakukan sedikit bacaan berkenaan struktur, misi, visi dan lain-lain hal berkaitan jabatan ini di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Lagi pula terdapat banyak info lain yang bermanfaat untuk anda di sana.

Diharapkan panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27 yang dikongsikan ini anda jadikan garis kasar untuk memulakan perancangan anda dalam menghadapi peperiksaan ini. Untuk panduan yang lebih lengkap dan komprehensif menghadapi peperiksaan ini, dicadangkan anda mendapatkan rujukan yang lebih lengkap melalui pautan di bawah:


Didoakan anda berjaya.
--------
P/s: Kepada mereka yang lain - yang terpilih untuk menduduki peperiksaan bertulis untuk jawatan Akauntan Gred W41, satu panduan lain yang khas untuk jawatan ini boleh dibaca melalui Panduan Khas Exam Bertulis Akauntan W41.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!