Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[SATU Water] - 6 Jawatan Kosong Jun 2012

Jawatan kosong SATU - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd.

Tarikh tutup permohonan 24 Jun 2012.

SATU - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd merupakan satu-satunya Syarikat yang diberi lesen membekalkan air bersih kepada semua pelanggan domestik dan industri di Negeri Terengganu Darul Iman. Dalam usaha memantapkan lagi pengurusan organisasi, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. mempelawa pemohon-pemohon daripada WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT NEGERI TERENGGANU yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Teknikal
2. Pen. Pegawai Pengeluaran
3. Pen. Pegawai Khidmat Pelanggan (PMA)
4. Pen. Pegawai Khidmat Pelanggan (Cashier/CRO)
5. Pembantu Operasi
6. Pemandu

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan syarat kelayakan untuk setiap jawatan di atas, sila ikuti pautan di bawah:


Cara-cara memohon:

1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web satuwater.com.my

2. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

i. Gambar berukuran pasport (warna)
ii. Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang disahkan.
iii. Salinan sijil kelulusan akademik yang disahkan.
iv. Salinan transkrip penuh kelulusan akademik yang disahkan.
v. Salinan lesen memandu berkaitan yang disahkan.
vi. Salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Terengganu yang disahkan.
vii. Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu, jika bapa dan pemohon lahir di luar Negeri Terengganu yang disahkan.
viii. Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan, jika ada.

3. Permohonan daripada Pegawai-pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

4. Hanya borang permohonan yang lengkap diisi beserta kesemua dokumen-dokumen di para 2 sahaja yang akan diproses.

5. Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan dan lulus Peperiksaan Khas SATU sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Nama Jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(U.P. Bahagian Perkhidmatan Korporat)

Borang permohonan boleh dimuaturun melalui pautan download yang disertakan di bawah:

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!