Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[SME Corp] - 4 Jawatan Kosong Jun 2012

Jawatan kosong SME Corp - Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.

Tarikh tutup permohonan 29 Jun 2012.

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

Jawatan-jawatan kosong adalah seperti berikut:

1. Penolong Pengurus (Undang-undang), Gred 8 (Gred setara L41)
2. Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat), Gred 11 (Gred setara F29)
3. Pegawai Eksekutif, Gred 11 (Gred setara E27)
4. Pembantu Eksekutif, Gred 13 (Gred setara E17)

Cara mengemukakan permohonan:
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia.

- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

- Permohonan daripada pegawai–pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing–masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Aras 6, SME 1, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)

- Penghantaran borang permohonan dalam bentuk salinan soft copy juga boleh dihantar melalui emel ke alamat : hr@smecorp.gov.my tanpa perlu disertakan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan (seperti sijil kelayakan akademik, kad pengenalan dan sijil-sijil lain yang berkaitan).

Iklan Penuh boleh dicapai menggunakan pautan di bawah:


Borang permohonan boleh dimuaturun menggunakan pautan berikut:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!