[SPAJ] - Jawatan Kosong Bulan Julai 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[SPAJ] - Jawatan Kosong Bulan Julai 2012

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.

Tarikh tutup permohonan 13 Julai 2012.

Rakyat Negeri Johor Darul Takzim dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N41

Taraf jawatan ini adalah kontrak dan calon dikehendaki melepasi ujian kecergasan.

Cara Memohon:
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang asal SPAJ.01 yang boleh di isi dan cetak daripada portal rasmi SPAJ di http://spaj.johordt.gov.my

b. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN FOTOSTAT Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan profesional atau Kumpulan B – Kumpulan Pelaksana) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas setiap sampul surat. [Permohonan yang tidak mematuhi syarat sepertimana yang di atas, tidak akan diterima dan ditolak).

c. Calon-calon dikehendaki melengkapkan Borang Status Kesihatan dan Persetujuan (Lampiran A) dan hendaklah dibawa bersama ketika menghadiri Ujian Kecergasan.

d. Ijazah yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp dan melampirkannya bersama borang permohonan.

e. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi disertakan bersama.

f. Hanya calon-calon yang melepasi Ujian Kecergasan sahaja akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan memasuki skim jawatan Pegawai Tadbir. [Sekirannya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya)

Iklan penuh untuk jawatan kosong ini boleh dicapai melalui pautan di bawah:


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!