Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[SPN Selangor] - 14 Jawatan Kosong Jun 2012

Jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

Tarikh akhir permohonan 15 Jun 2012.

SPN Selangor - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor mengalu-alukan pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

01 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
02 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DGA29
03 Penolong Jurutera (Awam) J29
04 Penolong Jurutera (Mekanikal) J29
05 Penolong Pegawai Veterinar G27
06 Penolong Pegawai Tanah NT27
07 Pembantu Veterinar G17
08 Renjer Hutan G17
09 Juruteknik (Awam) J17
10 Juruteknik (Ukur Bahan) J17
11 Juruteknik (Mekanikal) J17
12 Pembantu Setiausaha Pejabat N17
13 Pegawai Khidmat Pelanggan N17
14 Pengawas Hutan G11

Cara memohon:
(a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang secara on-line dengan melayari portal rasmi SPN Selangor.

(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikemukakan kepada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor berserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah;

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan;

(d) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing;

(e) Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.

(f) Alamat untuk mengemukakan permohonan yang telah lengkap dan dicetak:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Selangor Darul Ehsan,
Tingkat 1, Bangunan Darul Ehsan,
No.3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam.

Iklan penuh jawatan ini boleh dibaca melalui pautan di bawah:

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!