Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Sukatan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Secara amnya, kalau berdasarkan peperiksan bertulis Peperiksaan Penolong Akauntan W27 yang lepas, peperiksaan akan dibahagikan kepada dua kertas berasingan. Berikut adalah kertas yang dimaksudkan dan sukatan yang akan dicakupi oleh peperiksaan ini:

1. Seksyen A
2. Seksyen B

Seksyen A mengandungi 50 soalan yang berkisar tentang pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Masa yang diperuntukkan adalah 50 minit sahaja. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Seksyen B menguji kemahiran calon dalam daya menyelesaikan masalah. Jumlah soalan yang ditanyakan adalah sebanyak 40 soalan. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kesemua soalan adalah 45 minit sahaja. Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan Kemahiran logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Konsep-konsep Matematik.

Sedikit tips daripada kami:

- Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Kami galakkan anda untuk selalu membaca akhbar dan terbitan.

- Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan, Gred W27.

- Anda dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Prestasi yang baik untuk kedua-dua kertas adalah kunci kejayaan anda.

Untuk panduan lengkap menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan W27, kami cadangkan anda untuk mendapatkan pakej rujukan di bawah:

 
P/s: Kongsikan tips ini dengan rakan lain yang juga menduduki peperiksaan ini pada 23 Jun 2012.
 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!