Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tanggungjawab Majikan Melaporkan Pemberhentian Kerja

5.1 Majikan dikehendaki mengisi Borang Pemberhentian (Borang PK ) dan melaporkan kepada JTK yang terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil mana-mana tindakan berikut:-

5.1.1 Pemberhentian Pekerja (Rentrenchment);

5.1.2 Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (Voluntary Separation);

5.1.3 Pemberhentian Kerja Sementara (Lay- Off); atau

5.1.4 Pengurangan Gaji Pekerja (Pay-Cut).

5.2 Borang Pemberhentian (PK) ini boleh diperolehi secara percuma dari mana-mana Pejabat Tenaga Kerja boleh dimuat turun dari Laman Web berikut

- Jab. Tenaga Kerja Sem. Malaysia: http://jtksm.mohr.gov.my.
- Jabatan Tenaga Kerja Sabah: http://jtksbh.mohr.gov.my
- Jabatan Tenaga Kerja Sarawak: http://jtkswk.mohr.gov.my

5.3 Borang Pemberhentian ini telah diwartakan sebagai P.U (B) 430/2004 pada 11 November 2004, dan mana-mana majikan yang gagal mematuhi perkara ini adalah melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 63 Akta Kerja 1955 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi dari RM10,000.00 bagi setiap kesalahan.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!