Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[UiTM Perlis] - 10 Jawatan Kosong Jun 2012

Jawatan kosong di UiTM Perlis.

Tarikh akhir permohonan 26 Jun 2012.

Universiti Teknologi MARA (Perlis) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap berikut bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara:

01. Pengurus Asrama
02. Penolong Pengurus Taman/Ladang
03. Penolong Pegawai Tadbir
04. Penolong Pegawai Kesatria
05. Penolong Pegawai Perubatan
06. Penolong Akauntan
07. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
08. Pembantu Perpustakaan
09. Jururawat Masyarakat
10. Pembantu Am Pejabat

Panduan membuat permohonan:
a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Perlis) di http://www.perlis.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (Perlis), Kampus Arau.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

f. Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERLIS)
02600 ARAU
PERLIS
NO.TEL: (04-9882000 / 2005 / 2200 / 2207)

Syarat lantikan dan lain-lain butiran boleh dibaca melalui pautan di bawah:


Borang permohonan boleh dimuaturun melalui pautan berikut:

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!