Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


10 Jawatan Kosong MD Kuala Selangor Bulan Ogos 2012

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor.

Tarikh akhir permohonan 13 Ogos 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

01. ARKITEK – J41
02. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – U41/42
03. PEGAWAI UNDANG-UNDANG – L41
04. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN – W36
05. PENOLONG JURUTERA – J29
06. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP – J29
07. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA – N27
08. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) - N17
09. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – W17
10. PEMBANTU KESIHATAN AWAM – U17

Cara mengemukakan permohonan:
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKS yang boleh didapati dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Majlis Daerah Kuala Selangor dengan cara datang sendiri ke pejabat ini atau dengan melayari laman web//www.mdks.gov.my.

(b) Borang-borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.

(c) Borang-borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan (fotostat) Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil Persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah, Diploma – jika berkenaan), transkip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal. Nama jawatan yang di pohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

(d) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab ‘A’ 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

(e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

Iklan penuh jawatan kosong ini boleh dibaca menggunakan pautan yang disertakan di bawah:


Borang permohonan boleh dimuaturun dengan menggunakan pautan di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!