10 Jawatan Kosong MP Jasin Bulan Julai 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

10 Jawatan Kosong MP Jasin Bulan Julai 2012

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin.

Tarikh tutup permohonan 23 Julai 2012.

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Jasin:

01. Akauntan (Gred W41)
02. Pegawai Perancang Bandar dan Wilayah (Gred J41)
03. Pegawai Tadbir (Gred N41)
04. Penolong Pegawai Tadbir (Gred N32)
05. Penolong Akauntan (Gred W27)
06. Pembantu Penguatkuasa (Gred N22)
07. Juruteknik (Elektrik) (Gred J17)
08. Pembantu Penguatkuasa (Gred N17)
09. Pembantu Am Pejabat (Gred N 1)
10. Pekerja Awam (Gred R 1)

Cara Mengemukakan permohonan:
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.

(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Majlis Perbandaran Jasin. Pemohon yang ingin memohon melalui pos mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem bernilai 60 sen.

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana – mana ketua kampung, JKKK atau Katua Jabatan)

(d) Permohonan-permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama.

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JASIN,
77000 JASIN,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

Iklan penuh, sila baca melalui pautan disertakan di bawah:


Borang permohonan boleh didapati menggunakan pautan berikut:


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!