Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong MD Tangkak Bulan Julai 2012

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak.

Tarikh akhir permohonan 31 Julai 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, keutamaan Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. JURUTERA GRED J41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
3. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41

Cara memohon:
(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Majlis Daerah Tangkak yang boleh didapati melalui laman web www.mdtangkak.gov.my atau di Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak (Bahagian Sumber Manusia) dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan:

i) Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan
ii) Salinan sah Kad Pengenalan
iii) Salinan sah Sijil Lahir
iv) Sijil Berhenti Sekolah
v) Gambar warna berukuran pasport
vi) Surat / dokumen-dokumen berkaitan jika ada, serta dialamatkan kepada;

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
PETI SURAT 63,
84907, TANGKAK, JOHOR.

(c) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A , bil. 21 (Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan laporan penilaian prestasi terkini).

(d) Hanya calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak dihubungi selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

Iklan penuh jawatan kosong ini boleh dibaca melalui pautan di bawah:


Borang permohonan boleh dimuaturun melalui pautan yang disediakan di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!