Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


4 Jawatan Kosong MAIM Bulan Ogos 2012

Jawatan kosong MAIM - Majlis Agama Islam Melaka.

Tarikh akhir permohonan 05 Ogos 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) seperti berikut:

1. PEGAWAI KAUNSELOR S41
2. PENOLONG JURUAUDIT W27
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
4. PEMBANTU AM PEJABAT N1

Cara permohonan:
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari Kaunter Majlis Agama Islam Melaka, Pusat Islam Melaka, Aras 1, Bukit Palah, 75400 Melaka atau boleh dimuat turun di Laman Web : http//.www.maim.gov.my.

ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

iii. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

v. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400
Melaka.
(u.p : Unit Sumber Manusia MAIM)

Iklan penuh perjawatan ini boleh dibaca melalui pautan di bawah:


Borang permohonan boleh didownload dengan menggunakan pautan yang diberikan di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!