8 Jawatan Kosong MD Kuala Langat Bulan Ogos 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

8 Jawatan Kosong MD Kuala Langat Bulan Ogos 2012

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat.

Tarikh akhir permohonan 10 Ogos 2012.

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan tetap seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
3. PENOLONG JURUTERA GRED J29
4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED J29
5. JURUTEKNIK GRED J17 (UKUR BAHAN)
6. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT 17
7. JURUTEKNIK LANDSKAP GRED J17
8. PELUKIS PELAN GRED J17

Cara memohon:
a. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari Bahagian Sumber Manusia, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mdkl.gov.my.

b. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

c. Borang permohonan hendaklah disertakan gambar, salinan fotostat Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan/Pengajian dan Sijil - sijil penghargaan yang diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

Iklan penuh jawatan kosong ini boleh dicapai menggunakan pautan yang disertakan di bawah:


Borang permohonan boleh dimuaturun menggunakan link berikut:


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!