Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Calon Ijazah Layak Mohon Jawatan Untuk SPM

Kami bawakan dua berita menarik berbaru daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Calon Ijazah Layak Mohon Jawatan Untuk SPM

1. Terkini, pihak SPA mengumumkan bahawa calon berkelayakan Ijazah Sarjana Mudah kini dibenarkan membuat permohonan dan dilantik ke jawatan yang berkelayakan SPM. Dari sudut pro, ini bertujuan membolehkan semua calon bersaing bagi memohona mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik lagi. Manakala dari sudut kontra, ini sedikit sebanyak menjejaskan peluang calon berkelayakan berkelayakan akademik tertinggi SPM untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan pelaksanaan kaedah baru ini, SPA membenarkan semua calon memohon mana-mana jawatan dua (2) peringkat lebih rendah daripada kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki.

Pilihan 15 Jawatan Dalam Borang SPA8i

2. Berita kedua yang mahhu kami kongsikan adalah berkenaan polisi SPA yang sudah membenarkan calon memohon sehingga 15 pilihan jawatan di dalam borang permohonan pekerjaan online SPA8i bagi semua peringkat kelayakan akademik. Jadi tidak kira anda calon berkelayakan SPM, Diploma atau Ijazah; anda layak membuat 15 pilihan jawatan. Kaedah ini bertujuan membolehkan calon memohon seberapa banyak jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing. Ini juga meningkatkan lagi peluang calon untuk dilantik ke jawatan yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!