[MP Batu Pahat] - 2 Jawatan Kosong Bulan Julai 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[MP Batu Pahat] - 2 Jawatan Kosong Bulan Julai 2012

Jawatan kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Tarikh tutup permohonan 13 Julai 2012.

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Batu Pahat:

1. Penolong Jurutera J29
2. Penolong Pegawai Penilaian W27

Cara memohon:
a. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun percuma di laman web: www.mpbp.gov.my atau di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Batu Pahat pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan bayaran RM1.00/set.

b. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Jalan Pejabat
83000 Batu Pahat

Nota penting:
1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A.17 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;

3. Permohonan yang lewat , tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

6. Pentadbiran MPBP tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Iklan penuh jawatan kososng MPBP ini boleh dibaca menggunakan pautan berikut:


Borang permohonan boleh diperolehi dengan memuaturun melalui pautan di bawah:


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!