Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[MP Klang] - 2 Jawatan Kosong Bulan Julai 2012

Jawatan kosong Majlis Perbandaran Klang.

Tarikh tutup permohonan 09 Julai 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan kosong seperti berikut. (Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan):

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W27
2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Cara-cara mengemukakan permohonan:
a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 6/2010 yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Klang dan juga dengan melayari laman web MPK di www.mpklang.gov.my.

b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran passport, Salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang telah disahkan daripada salinan asal;

c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG
(u/p: Bahagian Sumber Manusia)

Iklan penuh kekosongan jawatan ini boleh dibaca menggunakan pautan berikut:


Borang permohonan boleh dimuaturun menggunakan link di bawah:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!