Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Punca Konflik Dalam Organisasi Kerja

Berikut adalah lima punca-punca konflik dalam organisasi kerja:

Pertama, Otonomi tugas dan membuat keputusan: Banyak masa diberi kepada pekerja dalam melakukan tugas mengikut kepintaran mereka akan memberi kesan kepada Konflik Berkonstruktif. Ini disebabkan oleh pengeluaran pendapat berkreatif kerana pekerja berpeluang membentuk cara sendiri apabila kebebasan meningkat dan strukturnya menjadi rendah.

kedua, Komunikasi: matlamat, kurang jelas, kepercayaan yang rendah antara penyelia pekerja atau antara bahagian.

Seterusnya, Peranan dan pergantungannya yang tidak jelas: pekerja tidak diberitahu kawasan tanggungjawab tetapi menerima teguran kerana tidak menyelesaikannya.

Keempat, Koordinasi dan kawalan: pekerja berbeza peranan tetapi mengharapkan pertolongan atau perkhidmatan antara mereka. Atau kawalan terhadap kemudahan seperti alat pandang dengar : prosedur untuk mendapatkannya terlalu rumit dan panjang.

Terakhir adalah Kekurangan sumber: Pekerja atau pasukan bersaing untuk mendapatkan sumber ini untuk keperluan tugas mereka.

Sekiranya anda orang yang bertanggungjawab terhadap kumpulan kerja atau pengurus yang mentadbir suatu organisasi kerja besar, sila semak dan perhatikan punca-punca ini. Kenalpasti satu atau beberapa yang mungkin akan mencetuskan konflik dan cuba atasinya.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!