Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Pemeriksa Kereta Motor A17

Sebelum kita ke statistik temuduga jawatan Pemeriksa Kereta Motor A17 ini, mungkin ada yang belum ada idea langsung bagaimanakah rupa bentuk jawataan yang anda pohon ini. Pernahkah anda bertemu pegawai JPJ yang melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan atau motosikal anda? Pernah? Nah.. Itulah antara lain tugas seorang Pemeriksa Kereta Motor A17. Segak memakai uniform dan tidak makan rasuah! Bersama kita hapuskan rasuah.

Tapi itu nanti kemudianlah anda dalami, kerana apa yang penting saat ini adalah mempersiapkan diri bagi menghadapi Temuduga Pemeriksa Kereta Motor A17 yang akan dilaksanakan oleh SPA sendiri. Kini kita lihat dahulu statistik temuduga jawatan ini. Menurut apa yang dikeluarkan SPA, 10 832 adalah bilangan permohonan yang diterima dan daripada jumlah itu, seramai 1 734 calon dipanggil untuk menjalani temuduga (ini termasuklah anda). Daripada jumlah calon yang hadir ke temuduga ini, hanya lebih kurang 114 sahaja yang akan bertuah untuk dilantik.

Jikalau berdasarkan logikal matematik, peluang untuk setiap calon lulus hanyalah lebih kurang 1.05% sahaja. Ini memang (kalau kita gunakan bahasa kasar) adalah peluang lulus yang amat tipis sekali. Amat tipis. Entah apa perkara atau kelebihan yang boleh ditonjolkan untuk menarik hati para penemuduga agar memilih anda. Terus terang, kami juga tidak tahu. Apa yang boleh kami lakukan hanyalah berkongsi sedikit panduan temuduga Pemeriksa Kereta Motor A17. Didoakan perkongsian yang tidak seberapa ini meningkatkan sedikit peluang anda untuk lulus dan seterusnya dilantik. InsyaAllah.

Jadi berikut beberapa panduan temuduga Pemeriksa Kereta Motor A17:

1. Belajar cara memperkenalkan diri di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia dengan menarik, sopan dan jelas.

2. Sediakan alasan yang kukuh dan rasional kenapa anda memilih kerjaya sebagai Pemeriksa Kereta Motor A17.

3. Mengetahui bidang tugas sebagai seorang Pemeriksa Kereta Motor A17 yakni bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

4. Mengetahui jabatan kerajaan mana ditugaskan. Ini sekurang-kurangnya memberi sedikit idea bila apa soalan penemuduga yang berkaitan tugas anda. Pada kebiasaannya, seorang Pemeriksa Kereta Motor A17 akan ditugaskan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan jabatan ini di portal rasmi JPJ.

5. Seterusnya, jika ada peluang cuba tonjolkan pengetahuan ada di dalam bidang tugas sebenar seorang Pemeriksa Kereta Motor A17. Perkara di bawah adalah antara hal-hal yang boleh anda mulakan pencarian:

- Kategori Kenderaan Motor

a) Kenderaan Persendirian
b) Kenderaan Barangan
c) Kenderaan Perkhidmatan Awam

- Pengetahuan Asas Komponen Kenderaan

a) Rekabentuk Badan Dan Pelan Kenderaan
b) Enjin Dan Bahan Bakar (Engine And Fuel)
c) Casis (Chassis)
d) Suspensi (Suspension)
e) Kuasa Transmisi (Power Transmission.
f) Sistem Stereng Dan Kawalan (Handling And Steering System)
g) Pemasangan Gandar (Axle Assemblies)
h) Sistem Brek (Brake system)
i) Tayar (Tyres)
j) Berat dan terminologi yang berhubung kait dengan kenderaan (Weights And Terminologies Related Vehicles)
k) Sistem Elektrik/Pendawaian (Electrical/Wiring System)
l) Sistem Penyejukan Enjin (Cooling Engine System)

- Pemeriksaan Kenderaan

a) Pemeriksaan Awalan (Initial Inspection)
b) Pemeriksaan Berkala (Periodic Inspection) (Ujian asap, Ujian ketelusan cahaya dan Ujian meter teksi)
c) Pemeriksaan Khas (Special Inspection)

6. Elok juga seorang calon Pemeriksa Kereta Motor A17 andai pernah membaca asas undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, misalnya:

a) Asas-asas Penguatkuasaan Undang-Undang.
b) Asas-asas Pengujian dan Pelesenan Pemandu.
c) Asas-asas Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan.
d) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.
e) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Kenderaan Perdagangan) 1959.
f) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan
g) Penggunaan) (Kenderaan Membawa Produk Petroleum) 1965.
h) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Talipinggang Keledar) 1978.
i) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Timbang) 1990.
j) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
k) Pengetahuan mengenai peraturan-peraturan dan arahan teknik untuk tujuan pemeriksaan kenderaan.
l) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Meter Teksi) 1959.
m) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pemeriksaan Berkala, Peralatan Dan Piawaian Pemeriksaan) 1995.
n) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan, Peralatan Dan Penggunaan)(Penggunaan Sistem Bahan Api Petroleum Gas Cecair (LPG) Dalam Kenderaan Bermotor) 1982
o) Bas Sekolah (Warna Dan Tanda-Tanda) 1987
p) Sekatan Had Berat 1989 (Pindaan 2003)

7. Berdasarkan perkongsian beratus-ratus pembaca di Blog Tips Kerjaya sebelum ini, pihak kami merumuskan bahawa selain pengetahuan bidang tugas yang kompeten, apa yang dicari oleh penemuduga adalah kualiti personal yang memikat misalnya kesantunan berbahasa (dalam BM dan BI), ketinggian budi, kehalusan pekerti, nilai-nilai murni dan lain-lain kualiti unggul manusia. Ini tidak boleh dipersembahkan dengan secara spontan melainkan dengan pengamalan dan latihan yang berterusan (diamalkan). Dengan sebab itulah, suka pihak kami mencadangkan satu panduan temuduga kerajaan yang menerangkan kualiti ini dengan jelas secara langsung mahupun tidak langsung. Sekiranya anda merasakan ianya penting untuk anda ketahui, sila lihat melalui pautan berikut:


Akhir sekali, jangan ada yang tersalah faham berkenaan panduan di nombor 5 dan 6 di atas. Kami tidak maksudkan anda mesti cari dan hafal kesemua itu. Tidak. Boleh juga kalau anda tidak membacanya pun sekarang, cuma amat bagus sekiranya anda sudah dibekalkan pengetahuan awal berkenaannya kerana lambat-laun sekiranya anda berjaya dilantik kelak, maka perkara itu juga yang mesti anda kuasai untuk tujuan pengesahan dalam jawatan. Jadi tidak salah tahu awal bukan. Buatlah carian anda melalui Internet, buku-buku, pekeliling, bertanya kawan atau apa jua cara yang terlintas.

Tips tambahan:
Cuba selitkan pengetahuan anda berkenaan panduan di nombor 5 dan 6 itu semasa sesi temuduga (jika keadaan sesuai). Ini akan lebih menampakkan kepadanan anda menjawat jawatan berkenaan di mata penemuduga. Tapi ingat, hanya bila keadaan atau topik perbualan pada waktu itu sesuai!

P/s: Sila kongsikan tips ini kepada rakan lain sekiranya anda rasanya ia turut bermanfaat kepada mereka.

57 comments:

  1. trm kasih ats tips yg brguna ini..

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuan tanah.. dah seminggu saya cari info ni.. 12 hb julai ni saya ada temuduga A17 kat jb.. harap2 dapat

    ReplyDelete
  3. Sape2 yang dapat temuduga A17 sepanjang minggu ni.. leh pm sy ::)) sebelah utara, alor setar n penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ade interview kt lostaq esok...

      Delete
  4. Trima ksh info..pagi nt tmuduga di ipoh

    ReplyDelete
  5. adakah jawatan ini mempunyai ujian fizikal

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rase x kot...kalau jawatan penguasa tu mungkin..

      Delete
  6. jumpa juga.. :-) toce2.. besok da temuduga nie.. :-)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. mcm mna interview? berjaya?

      Delete
  8. kata la calon ni dok KL..tmpat bertugas tu dekat kawasan kl/selangor ke akan dihantar negeri lain?sekadar bertanya,dapat tmpat lain pon ok leh tengok tmpat orang

    ReplyDelete
  9. dah berjaya temuduga ni.. agaknya bila surat melapor diri dapat ye?

    ReplyDelete
  10. Tahniah! Anda telah berjaya temu duga. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan arahan melapor diri akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan.
    Kementerian/Jabatan : JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, ARAS 1-5, BLOK D4, PARCEL D, PUSAT PENT. KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62620 PUTRAJAYA.

    ReplyDelete
  11. tarikh lapor diri bila???surat tawaran bila sampai??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harry Sham berjaya temuduga ke? dah dapat surat tawaran?

      Delete
  12. alhamdulillah dah berjaya tapi surat tawaran dari spa bila agaknya sampai eh..5hb9 ni ada intview spa lgi juruteknik automotif gred j17 gaji lagi tinggi..rasa nak pi try tpi surat tawaran utk pemeriksa kereta motor ni xdpt2 lg gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8:50pm bg detail@fb klau adank chat..nk update ttg surat tu nt.. aku pun tgh tunggu surat spa ni...

      Delete
  13. samuel lukug ni fb aku hamidi sulaiman.. from anon 8.50

    ReplyDelete
  14. hamidi sulaiman ramai lak dlm fb ni baru perasan..ko cari yg asal kuala lumpur, gambar laki sorang depan bangunan ,kalau x jumpa gak ko bagi le fb ko samuel lukug

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg gmbr enjin vtec tu ke bro?

      Delete
  15. aah gmbr enjin tu

    ReplyDelete
  16. surat oh surat.. di manakah kau surat...huh

    ReplyDelete
  17. Bila la nk dpt surat ni

    ReplyDelete
  18. ada sapa2 lagi yang berjaya temuduga ni ke?

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. surat tawaran n surat lapor diri dah dapat? ermm ada fb or apa2 tak? snang skit nk update dgn pantas..hehehe

      Delete
    2. sy bru dpt surat tawaran..surat lapor diri belum lg...

      Delete
    3. owh.. sama la..erm dari mna bro?

      Delete
  20. ...adakah kita lapor diri kat akademi jpj melaka atau di jpj tempat masing duly....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kna lpor mlka.,aky dh cll pg td.. Sham klang

      Delete
    2. Sham klang lapor dri melaka? time call tu..jpj ada bgtau tak bla kita semua kena lapor diri?

      Delete
  21. Aku azreen..dpt surat 7/9/2012...dr sps surat tawaran..aku ada cll jpj bgth kna lapor diri kt akdmi jpj mlka pastu kysus 3 blan sblum tahu penempatan sebenar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jpj ada bgtau tak bila lapor diri?

      Delete
  22. Dh tua bru aku dpt msuk jpj huuu

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sy dpt jugak,tp xtau bile dpt surat lapor diri,sy asal perak

      Delete
  24. ada sesiapa yang dari Sabah ke dapat jawatan ni? email aku kalau ada.. djtbone987@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. salam,saye dpt jugak..hehehe...tp sedang tggu surat dr jpj lagi ni..

    ReplyDelete
  26. Salam,sy dpt jugak,borang medical pn nk siap dah,surat lapor diri xdpt lg.
    nk tnye siapa tahu jawatan tersebut tugas mcne,tugas mcm jpj ke.thank

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa ada dapat jpj tolong add aku d fb shah_hairy@yahoo.com.my
      nama fb black arrow
      senang sikit nk update

      Delete
    2. sy tau bidang tugas nye cam ne..add sy fb hary norman..

      Delete
  27. Silap,airilina fadh gambar kawin :-)

    ReplyDelete
  28. lapor diri jpj kelantan.. 1.11.12 ... ada sapa2 dari sabah?

    ReplyDelete
  29. mcm aku kenal je semua kat atas ni..mostly bdk platun 1 nie...

    ReplyDelete
  30. haloo...sya intrvew 23 oct ni..d SPA sabah..minta bantuan@tips siapa2 yg dah lepas n dapt tawaran kerja sebagai pemerika knderan motor?? kongsi plz...tq all..

    ReplyDelete
  31. hlo guys .nk tnya sikit ni..aq dpt surat temuduga bgi pemeriksaa kenderaan motor .tpi aq blum mempunyai lesen D kereta.so adakah kelayakan sy akan dpertimbangkan atau pun kelayakan sy terus dibatalkan..?? please help me admin??

    ReplyDelete
  32. sy ada intrvew 22/10/2013 ni dari SPA... harap2 dpt hehehehe... asal sabah

    ReplyDelete
  33. hlo admin .. bpa kekosongan tuk jwtn Pemeriksaa kenderaan Motor A17 ,bgi temuduga october 2013 .

    ReplyDelete
  34. Heloo...bro2..sy dpt interview A17 pd 7hb ni..tpi masalah skrg sy nervous sbp x tau apa2..ada sapa2 ble bantu x? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah bro..esok interview kan...adei...nervous..

      Delete
  35. samalah bro...sy pun dpt interview pd 7 april 2014 ni...x tau apa2 lg ni...adei...nervous..

    ReplyDelete
  36. Selesai interview 7hb4 kemarin..harap2 ada peluang la ni..huhu..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!