3 Jawatan Kosong KETENGAH Bulan September 2012 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jawatan Kosong KETENGAH Bulan September 2012

Jawatan Kosong KETENGAH - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

Tarikh tutup permohonan 13 September 2012.

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (TETAP)
2. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 (TETAP)
3. PEKERJA AWAM GRED R1 (TETAP)

Cara permohonan:
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

c) Permohonan hendaklah sampai kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

Iklan penuh jawatan kosong ini boleh dibaca menggunakan pautan di bawah:


Borang permohonan boleh dimuaturun menggunakan pautan di bawah:


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!